Dugaan, dugaan, dugaan.. Yup, itulah kehidupan. Semalam, aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Bapa saudara yang paling mesra telah diserang strok.
Hari ini aku berpeluang untuk berjumpa dengannya, Ya Allah, kurangkanlah penderitaan hambamu itu. Sedih rasa hati. Namun perasaan sedih itu aku tinggalkan seketika kerana tidak mahu pakndak melihatnya. Semangat dan sokongan moral perlu diberikan dan bukanlah rasa simpati yang diharapkan.
Kata dokter, serangan strok yang dialami oleh pakndak adalah disebabkan oleh kandungan kolestrol yang berlebihan di samping diabetes melitus yang tidak terkawal. Disebabkan ini juga, terdapat darah beku di otak kanan berpunca daripada saluran darah yang tersumbat.
Perubahan akibat strok ialah anggota sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Selain itu, sistem otaknya juga turut terjejas menyebabkan segala tindakkannya mirip kepada kanak-kanak semula
Pakar perubatan telah memberikan 3 kemungkinan. Pertama ialah pakndak akan sembuh namun mengambil masa yang lama, kedua ialah tidak akan sembuh dan lumpuh sepanjang hayat, dan ketiga ialah akan bertambah teruk. Harapan sudah pasti pada kemungkinan pertama tadi. Namun hanya Allah saja yang maha mengetahui.
Tidak sanggup untuk aku mengambil sekeping dua gambar pakndak yang terlantar. Hampir sahaja aku tidak dapat mengawal air mata aku daripada mengalir jatuh. Bila terpandangkan pakndak, terbayang aku muka arwah ayah kerana mereka berdua sangat rapat.
Kepada makndak sekeluarga, tabahlah hadapi dugaan ini. Moga dugaan ini dapat membuktikan kasih syg makndak terhadap pakndak. Dan kepada semua, pentingnya untuk menjaga kesihatan diri. Elak sebelum kena.
Teringat aku, kata seorang makcik, stork adalah penyakit yang disebabkan oleh bawaan jin. Maka ada ayat yang diturunkan dalam Al-quran untuk menghindarkan diri daripada penyakit tersebut..
Itu sahaja entri kali ini. Semoga yang membaca mendoakan kesihatan dia. Doa anda, tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Published with Blogger-droid v1.6.9