Followers

Thursday, December 20, 2012

Topi ajaib saya..

Hai..
Hai..
Hai lagi..
Dan
Lagi..hehe

Siapa yang pernah bela topi ajaib? Opps kura-kura lah..comel kan..tapi seekor dari kura-kura nie buta. Bukan buta hati, bukan jugak buta warna, tapi buta mata.. Risau juga sbb masa kecil dulu dia ok aja..what should I do?? Adakah selamanya akan begitu??

Wednesday, December 19, 2012

Tuesday, December 18, 2012

sepetang di kampung

Dah lama tak meronda di kampung. Maklumlah kesibukan bekerja menjadi kekangan untukku

So bila sesekali dapat balik, pasti tak akan dilepaskan peluang tersebut. Maafla bos, pekerja mu ini terpaksa menipu sunat..hehe. Sekali sekala tak apa kan..kan..kan..

Sambil meronda, sambil menyenap (betul ka bahasa aku nie?) beberapa keping gambar..boleh kongsi dengan sesapa yang sudi menerjah..

Wednesday, September 26, 2012

Wordless wednesday #8

masih wujud??

sekadar untuk berkongsi

Ujian juga kepada kita yang Allah berikan rezeki yang lebih berbanding orang lain. Terlupa hakikatnya, duit yang kita ada (meskipun kita melihat duit datang dengan usaha kita) datangnya dari Allah. Kalau Allah tak buka jalan rezeki, kita pun tak merasa untuk memegang duit tersebut. Bila berburuk sangka nak menginfaq, sebenarnya bukan takut "ter"salah memberi kepada yang tidak berhak tetapi takut duit semakin susut.

Tuesday, June 5, 2012

TERUKNYA

Hari ni berpeluang sekejap singgah di pekan sehari. Niat di hati ingin membeli buah-buahan kerana badan kita sangat memerlukan vitamin c.

Seperti biasa, keadaan di situ sangatlah sesak dengan manusia dan kenderaan. Tapi harus di fahami bahawa manusia dtg menaiki kenderaan dan bukannya kenderaan datang berasingan.hehe

Aku pun bergegas menuju ke gerai buah buahan. Aku bertanya tentang harga buah orange. 5 biji RM10 ringgit. Oleh kerana kondisinya sangat menarik aku berminat untuk membeli.

Tapi sebelum aku membeli, ada lagi soalan yang aku tanyakan pada penjual tersebut.

Baca dan fahami dialog di bawah ini:

Aku: makcik, limau nie manis tak?
Penjual: sudah tentu manis. Sedap.
Aku: alamak, saya xnak yang manis,
tp saya nak yang masam
Penjual: eh limau nie rasanya
masam la.

ADOI!!

TAK APALAH MAKCIK, SAYA LUPA YANG SAYA TAK MAKAN LIMAU

So korang faham tak maksud yang tersirat? Kadang kala terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur. Apa salahnya kalau berterus terang kerana itulah dia keberkatan.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, June 4, 2012

SAYA SEDIH

Ngerinya, tapi inilah kenyataan. Sakitnya, tapi inilah kehidupan. Kehidupan mengajar kita untuk berwaspada.

Luka ini di alami oleh seseorang, yang selalu ada dalam hati ini. Dia sakit. Dia berputus asa. Dia terlantar.. Tak mampu untuk aku menahan air mata. Sungguh, aku sedih.

Sedih lagi melihat hati tua yang berduka. Hati tua itu milik ibunya. Tuhan, gembirakanlah hati ibu itu. Berikanlah damai di hatinya.

Aku tahu, Allah menguji mu, kerana Allah sygkn kamu.

Aku terlalu sedih ya Allah..

P/s: nape eh semua entri aku asyik pasal sakit jew?








Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, June 3, 2012

KEHIDUPAN, KEMATIAN SEMUANYA TELAH ALLAH TETAPKAN

Dugaan, dugaan, dugaan.. Yup, itulah kehidupan. Semalam, aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Bapa saudara yang paling mesra telah diserang strok.

Hari ini aku berpeluang untuk berjumpa dengannya, Ya Allah, kurangkanlah penderitaan hambamu itu. Sedih rasa hati. Namun perasaan sedih itu aku tinggalkan seketika kerana tidak mahu pakndak melihatnya. Semangat dan sokongan moral perlu diberikan dan bukanlah rasa simpati yang diharapkan.

Kata dokter, serangan strok yang dialami oleh pakndak adalah disebabkan oleh kandungan kolestrol yang berlebihan di samping diabetes melitus yang tidak terkawal. Disebabkan ini juga, terdapat darah beku di otak kanan berpunca daripada saluran darah yang tersumbat.

Perubahan akibat strok ialah anggota sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Selain itu, sistem otaknya juga turut terjejas menyebabkan segala tindakkannya mirip kepada kanak-kanak semula

Pakar perubatan telah memberikan 3 kemungkinan. Pertama ialah pakndak akan sembuh namun mengambil masa yang lama, kedua ialah tidak akan sembuh dan lumpuh sepanjang hayat, dan ketiga ialah akan bertambah teruk. Harapan sudah pasti pada kemungkinan pertama tadi. Namun hanya Allah saja yang maha mengetahui.

Tidak sanggup untuk aku mengambil sekeping dua gambar pakndak yang terlantar. Hampir sahaja aku tidak dapat mengawal air mata aku daripada mengalir jatuh. Bila terpandangkan pakndak, terbayang aku muka arwah ayah kerana mereka berdua sangat rapat.

Kepada makndak sekeluarga, tabahlah hadapi dugaan ini. Moga dugaan ini dapat membuktikan kasih syg makndak terhadap pakndak. Dan kepada semua, pentingnya untuk menjaga kesihatan diri. Elak sebelum kena.

Teringat aku, kata seorang makcik, stork adalah penyakit yang disebabkan oleh bawaan jin. Maka ada ayat yang diturunkan dalam Al-quran untuk menghindarkan diri daripada penyakit tersebut..

Itu sahaja entri kali ini. Semoga yang membaca mendoakan kesihatan dia. Doa anda, tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 1, 2012

SEMANGAT BARU

Assalamualaikum..

Wah,dah lama tak meng"update" blog. Sampaikan aku hampir terlupa kata laluan blog sendiri. Terukkan? Jadi mulai saat nie aku akan berjinak semula dgn blog dan bloger-bloger yang ada.

Entry kali nie bukAn nak cerita pasal lama tak menulis, tapi pasal semangat baru. Semangat baru?? Yupp.. Semangat apa tu? Haa ni yang nak cerita.

Tanggal 11.06.12, sehinggalah 17.06.12, aku terpaksa menetap di Hospital Sultanah Bahiyah. Di dalam wad 3C aku ditempatkan bersama pesakit yang lain. Aku berada di situ atas sebab menghidapi sejenis penyakit yang selama ini aku tidak pernah menduga.. Walaupun bukan penyakit kronik, namun aku memerlukan ubat sepanjang hayat.

Sewaktu diberitakan oleh dokter, aku tak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku merasa terlalu tertekan. Siang malam meratap dan aku juga mempersoalkan takdir tentang mengapa aku yang perlu menerima.

Namun, satu hari, aku terdengar lagu nyanyian seorang penyanyi bernama Opick. Lagu tersebut menyedarkan aku tentang dugaan daripada Allah SWT. Tentang mengapa DIA menduga hambanya.


Allah engkau dekat,
Penuh kasih sayang.
Takkan pernah engkau biarkan,
Hamba-Mu menangis,
Karna kemurahan-Mu,
Karna kasih sayang-Mu..

Hanya bila diri-Mu,
Ingin nyatakan cinta,
Pada jiwa yang rela
dia kekasih-Mu.
Kau yang selalu terjaga,
Yang memberi segala..

Lagu ini menyedarkan aku bahawa Allah sedang menguji aku. Maka aku redha dengan ketentuan ini dan menerima segala dengan penuh rasa sabar. Benar kata orang, kadang Allah menguji hambanya kerana rindu mendengar hambanya merintih kepada DIA. Kekadang aku juga terleka...

Atas kesedaran itu, aku mempunyai semangat yang baru. Untuk menjadi hamba yang taat kepada perintah, untuk menerima kenyataan yang diri ini berpenyakit, dan untuk mengamalkan hidup yang sihat. Alhamdulillah, hidup makin tenang dah bahagia..
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, March 24, 2012

assalamualaikum

jawab la salam yang olin nie dulu yer...

dah lama x menulis dalam blog nie.
mungkin terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira menyebabkan masa untuk mendekatkan diri dengan penulisan blog nie terhenti seketika...

selama menyepikan diri nie, sedih, suka. tangis dan tawa banyak bermain dalam jiwa..
rasanya sedih itu banyak berbanding bahagia...

banyak sungguh ujian yang berkunjung tiba, hinggakan diri ini terasa tak tahan lagi menanggungnya. selalunya orang kata "Allah akan berikan ujian untuk hambanya yang benar2 kuat". tapi olin tak kuat..olin tak mampu mengharungi takdir tu..

di saat ditimpa musibah, sahabat yang dulu berjanji untuk sehidup semati pergi meninggalkan diri nie..mengapa? perlukah mendengar orang lain berbicara daripada bertanya sendiri kesahihannya? rasanya hati ini terlalu berkecil hati dan tidak mungkin akan ada mereka lagi dalam ingatan ini.. maaf diri ini bukannya mudah untuk memaafkan..




 

Friday, November 11, 2011

indahnya persahabatan itu

dah lama xjumpa kawan-kawan lama dulu.bila dapat jumpa, seronok rasanya. bila dah berjumpa, inilah yang terjadi...









what if


  • What if I give you my smile?
    Are you gonna stay for a while?
    What if I put you in my dreams tonight?
    Are you gonna stay 'till it's bright?

    What if I give you my story?
    Are you gonna listen to me?
    What if I give you my heart?
    Are we never gonna be apart?

    What if... if I do ignore you?
    Will you just walk away and cry?
    What if I did disappoint you?
    Are you gonna say goodbye?

    What if I try to catch a flying snitch?
    Are you gonna come with me?
    What if I give you my song?
    Are we gonna sing along?

    What if... if you leave me right here?
    I'm right here and waiting for you

Monday, October 10, 2011

ku kongsikan kebahagiaan ini


walaupun hanya menumpang kasih,

tapi hati nie sangat bahagia.



bila la nak merasa detik nie kan

hehe

Tuesday, October 4, 2011

bukan aku yang bersalah

bersalahkah aku? bersalah ape yer?

apa yang olin merepek nie?



tak lah.

olin tak merepek pun. nie kisah benar yang perlukan pendapat semua.

bersalahkah jika kita jatuh cinta pada seseorang yang merupakan

sahabat baik kekasih kita sendiri?

kita tak pernah nak menjangka,

pertemuan selama dua hari itu membibitkan rasa cinta.

 bukan sahaja bertepuk sebelah tangan,

malahan si dia juga turut sama menyimpan rasa.

salahkan itu semua?

layanan yang diberikan oleh "dia"

terlalu berbeza,

tertalu istimewa

mudah sekali menguntumkan senyuman.

terlalu rasa bahagia.

namun rasa kasih terhadap yang lama masih bertahta di jiwa.



SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER



take this opportunity untuk tambahkan follower by join this segmen.

kalau korang rasa nak join,

join lah.

Jom tambah trafik blog



dah lama olin xjoin mana-mana segmen.

so hari nie olin join semula.

korang yang nak join tu macam biasa lah klik kat banner atas tu.

hope dapatla capai target

Monday, October 3, 2011

"empty"


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


dalam duka ada tawa

dah lama xmenulis...mungkin disebabkan kesibukkan aku menyetelkan thesis yang xselesai2 nie..otak makin serabut, makin kusut. dalam kesibukkan nie, macam2 peristiwa  berlaku. cuma xsempat untuk aku kongsikan. ada manis, ada juga peristiwa pahitnya. apa yang manisnya ialah aku dikurniakan seorang lagi anak saudara.sangat comel. NUR IRIS HANISYA...like to see her face..baby x banyak meragam..syukur baby sihat..mesti abg aku bahagia..aku pun nak.hehehe..tapi lambat lagi kot..thanks to Allah sebab hadiahkan permata nie dalam keluarga kami. hope abg aku mampu jadi seorang ayah yang terbaik n of course seorang suami yang terhebat.proud it. terlupa segala kesedihan bila terpandang wajah Iris..





namun ada juga kedukaan yang terjadi...my little sister terlibat dengan kemalangan..menitis air mata aku bila terpandang luka-luka kat badan dia.masyaAllah...teruk sangat2...dia pulak asyik menangis..mahu saja aku gantikan tempat dengan dia...paling menyedihkan, kemalangan tu terjadi depan mata mak n abg aku.. kira trauma lah diorang tu. nampak adik aku terbaring kat tepi jalan tu.. nasib jugaklah masa tu diorang ada.dapat juga menolong..mak aku asyik cakap yang dia sedih sebab terjadi depan mata dia...aku cakap dekat mak " mama sepatutnya bersyukur sebab adik hanya luka2 ja, xde patah or remuk kat mana2 anggota..cuba mama bayangkan ada sesetengah orang nampak anak mati depan mata" terus mak aku diam...aku bukan apa, bila mak aku terus dok cakap hal yang sama, hati aku nie  naik serabut.hehhee..

masa bawak adik aku ke klinik tu, dokter kat situ pun kena marah dengan aku. yela, adik aku tengah mengeletar sakit.. yang dia sibuk hampar surat khabar kat dalam bilik tu. sebabnya? sebab takut lantai n meja dia terkena darah..aku cakap kat dokter tu.."x profesional langsung awk nie. sepatutnya utamakan dulu pesakit yang tengah sakit nie. darah tu boleh lap. kalo malas sangat nak lap, meh saya yg lapkan." terus dia berhenti hampar surat khabar tu. geram sangat aku waktu tu..ikutkan hati nak ja aku lempar dokter tu keluar.

keluarga adalah segalanya kan..bila sesuatu terjadi menimpa ahli keluarga, kita sendiri akan turut sama terasa. apa2 pun aku bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk adik aku terus bernafas..kalau x, xtahu la nak ckp apa..apa-apa pun, jodoh maut semua di tangan tuhan...

Thursday, September 22, 2011

Ujian hanyalah penguat jiwa



Kesusahan dan kepayahan yang dilalui dalam hidup adalah lumrah. Setiap daripada kita pasti melaluinya. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk mengatakan bahawa mereka tidak pernah berdepan dengan kesukaran di dalam hidup.
Anda, saya mahu pun sesiapa yang bergelar manusia wajib untuk menempuh dengan beribu gulungan ombak bahtera kehidupan. Kadangkala kita terolang ke kanan, terkadang teraling pula ke kiri. Dan natijahnya, adakah kita kuat untuk melalui kesemuanya itu? Tepuk dada tanyalah hati anda.
Ya, kita yang hidup ini perlu meneruskan hidup. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Yang hidup perlu teruskan misinya. Yang sudah berlalu maka biarkanlah ia pergi , usah dikenang lagi. Ungkapan seperti ini sepertinya sudah menjadi kelaziman kepada dunia kita pada hari ini. Dan saya amat sukakan kalimat seperti ini.
Barang yang lepas usah dikenang. Betul? Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua… hidup kita ini sememangnya medan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. Adakah kita ini benar-benar kuat, atau adakah kita ini sekadar pelengkap kejadian manusia di muka bumi ini.
Bukankah Tuhan juga ada menyebut di dalam  kitab sucinya, kita ini sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan kejadian. Disuruh untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jadi, perlukah untuk kita mencari bukti-bukti lain untuk menjelaskan bahawa kita ini benar-benar ciptaan yang terbaik daripada Maha Pencipta?
Dan apabila kita telah sedia maklum bahawa kitalah sebaik-baik ciptaannya, maka itu kita mesi tunjukkan bahawa kita ini memang berhak untuk dikatakan sebaik-baik makhluk dan kejadian..
Ya, bersedih itu tidak salah, tetapi berlebih-lebih di atas kesedihan, itu yang salahnya. Jadi, tunjukkan kepada dunia, buktikan kepada semua bahawa kitalah sebaik-baik ummat. Kitalah yang berhak untuk menjadi pewaris ummat Muhhamd SAW.
Apa guna memandang cantiknya pakaian orang, kalau pakaian sendiri pun tidak pernah dilihat, sesekali itu lihatlah lebihnya apa ada pada diri kita, mungkin disitu terselit seribu kecantikan yang tidak pernah kita terjangka.
Kita ini hebat, kita juga sebenarnya mampu untuk mendepani setiap ujian daripada DIA, jadi mengapa mesti mudah mengalah, percayalah pada diri sendiri, anda pasti berjaya.
YaAllah, hentikanlah segala kesusahan ini, hentikanlah tangis ini agar aku mampu untuk terus berdiri semula
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujianMenguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahanTerasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayahUsah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup iniTeruslah berdoa
Pada AllahPengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…
kurniaanNyaMaka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...