Followers

Thursday, December 20, 2012

Topi ajaib saya..

Hai..
Hai..
Hai lagi..
Dan
Lagi..hehe

Siapa yang pernah bela topi ajaib? Opps kura-kura lah..comel kan..tapi seekor dari kura-kura nie buta. Bukan buta hati, bukan jugak buta warna, tapi buta mata.. Risau juga sbb masa kecil dulu dia ok aja..what should I do?? Adakah selamanya akan begitu??

Tuesday, December 18, 2012

sepetang di kampung

Dah lama tak meronda di kampung. Maklumlah kesibukan bekerja menjadi kekangan untukku

So bila sesekali dapat balik, pasti tak akan dilepaskan peluang tersebut. Maafla bos, pekerja mu ini terpaksa menipu sunat..hehe. Sekali sekala tak apa kan..kan..kan..

Sambil meronda, sambil menyenap (betul ka bahasa aku nie?) beberapa keping gambar..boleh kongsi dengan sesapa yang sudi menerjah..

Wednesday, September 26, 2012

Wordless wednesday #8

masih wujud??

sekadar untuk berkongsi

Ujian juga kepada kita yang Allah berikan rezeki yang lebih berbanding orang lain. Terlupa hakikatnya, duit yang kita ada (meskipun kita melihat duit datang dengan usaha kita) datangnya dari Allah. Kalau Allah tak buka jalan rezeki, kita pun tak merasa untuk memegang duit tersebut. Bila berburuk sangka nak menginfaq, sebenarnya bukan takut "ter"salah memberi kepada yang tidak berhak tetapi takut duit semakin susut.

Tuesday, June 5, 2012

TERUKNYA

Hari ni berpeluang sekejap singgah di pekan sehari. Niat di hati ingin membeli buah-buahan kerana badan kita sangat memerlukan vitamin c.

Seperti biasa, keadaan di situ sangatlah sesak dengan manusia dan kenderaan. Tapi harus di fahami bahawa manusia dtg menaiki kenderaan dan bukannya kenderaan datang berasingan.hehe

Aku pun bergegas menuju ke gerai buah buahan. Aku bertanya tentang harga buah orange. 5 biji RM10 ringgit. Oleh kerana kondisinya sangat menarik aku berminat untuk membeli.

Tapi sebelum aku membeli, ada lagi soalan yang aku tanyakan pada penjual tersebut.

Baca dan fahami dialog di bawah ini:

Aku: makcik, limau nie manis tak?
Penjual: sudah tentu manis. Sedap.
Aku: alamak, saya xnak yang manis,
tp saya nak yang masam
Penjual: eh limau nie rasanya
masam la.

ADOI!!

TAK APALAH MAKCIK, SAYA LUPA YANG SAYA TAK MAKAN LIMAU

So korang faham tak maksud yang tersirat? Kadang kala terdapat segelintir peniaga yang tidak jujur. Apa salahnya kalau berterus terang kerana itulah dia keberkatan.

Published with Blogger-droid v1.6.9

Monday, June 4, 2012

SAYA SEDIH

Ngerinya, tapi inilah kenyataan. Sakitnya, tapi inilah kehidupan. Kehidupan mengajar kita untuk berwaspada.

Luka ini di alami oleh seseorang, yang selalu ada dalam hati ini. Dia sakit. Dia berputus asa. Dia terlantar.. Tak mampu untuk aku menahan air mata. Sungguh, aku sedih.

Sedih lagi melihat hati tua yang berduka. Hati tua itu milik ibunya. Tuhan, gembirakanlah hati ibu itu. Berikanlah damai di hatinya.

Aku tahu, Allah menguji mu, kerana Allah sygkn kamu.

Aku terlalu sedih ya Allah..

P/s: nape eh semua entri aku asyik pasal sakit jew?








Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, June 3, 2012

KEHIDUPAN, KEMATIAN SEMUANYA TELAH ALLAH TETAPKAN

Dugaan, dugaan, dugaan.. Yup, itulah kehidupan. Semalam, aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Bapa saudara yang paling mesra telah diserang strok.

Hari ini aku berpeluang untuk berjumpa dengannya, Ya Allah, kurangkanlah penderitaan hambamu itu. Sedih rasa hati. Namun perasaan sedih itu aku tinggalkan seketika kerana tidak mahu pakndak melihatnya. Semangat dan sokongan moral perlu diberikan dan bukanlah rasa simpati yang diharapkan.

Kata dokter, serangan strok yang dialami oleh pakndak adalah disebabkan oleh kandungan kolestrol yang berlebihan di samping diabetes melitus yang tidak terkawal. Disebabkan ini juga, terdapat darah beku di otak kanan berpunca daripada saluran darah yang tersumbat.

Perubahan akibat strok ialah anggota sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Selain itu, sistem otaknya juga turut terjejas menyebabkan segala tindakkannya mirip kepada kanak-kanak semula

Pakar perubatan telah memberikan 3 kemungkinan. Pertama ialah pakndak akan sembuh namun mengambil masa yang lama, kedua ialah tidak akan sembuh dan lumpuh sepanjang hayat, dan ketiga ialah akan bertambah teruk. Harapan sudah pasti pada kemungkinan pertama tadi. Namun hanya Allah saja yang maha mengetahui.

Tidak sanggup untuk aku mengambil sekeping dua gambar pakndak yang terlantar. Hampir sahaja aku tidak dapat mengawal air mata aku daripada mengalir jatuh. Bila terpandangkan pakndak, terbayang aku muka arwah ayah kerana mereka berdua sangat rapat.

Kepada makndak sekeluarga, tabahlah hadapi dugaan ini. Moga dugaan ini dapat membuktikan kasih syg makndak terhadap pakndak. Dan kepada semua, pentingnya untuk menjaga kesihatan diri. Elak sebelum kena.

Teringat aku, kata seorang makcik, stork adalah penyakit yang disebabkan oleh bawaan jin. Maka ada ayat yang diturunkan dalam Al-quran untuk menghindarkan diri daripada penyakit tersebut..

Itu sahaja entri kali ini. Semoga yang membaca mendoakan kesihatan dia. Doa anda, tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Friday, June 1, 2012

SEMANGAT BARU

Assalamualaikum..

Wah,dah lama tak meng"update" blog. Sampaikan aku hampir terlupa kata laluan blog sendiri. Terukkan? Jadi mulai saat nie aku akan berjinak semula dgn blog dan bloger-bloger yang ada.

Entry kali nie bukAn nak cerita pasal lama tak menulis, tapi pasal semangat baru. Semangat baru?? Yupp.. Semangat apa tu? Haa ni yang nak cerita.

Tanggal 11.06.12, sehinggalah 17.06.12, aku terpaksa menetap di Hospital Sultanah Bahiyah. Di dalam wad 3C aku ditempatkan bersama pesakit yang lain. Aku berada di situ atas sebab menghidapi sejenis penyakit yang selama ini aku tidak pernah menduga.. Walaupun bukan penyakit kronik, namun aku memerlukan ubat sepanjang hayat.

Sewaktu diberitakan oleh dokter, aku tak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku merasa terlalu tertekan. Siang malam meratap dan aku juga mempersoalkan takdir tentang mengapa aku yang perlu menerima.

Namun, satu hari, aku terdengar lagu nyanyian seorang penyanyi bernama Opick. Lagu tersebut menyedarkan aku tentang dugaan daripada Allah SWT. Tentang mengapa DIA menduga hambanya.


Allah engkau dekat,
Penuh kasih sayang.
Takkan pernah engkau biarkan,
Hamba-Mu menangis,
Karna kemurahan-Mu,
Karna kasih sayang-Mu..

Hanya bila diri-Mu,
Ingin nyatakan cinta,
Pada jiwa yang rela
dia kekasih-Mu.
Kau yang selalu terjaga,
Yang memberi segala..

Lagu ini menyedarkan aku bahawa Allah sedang menguji aku. Maka aku redha dengan ketentuan ini dan menerima segala dengan penuh rasa sabar. Benar kata orang, kadang Allah menguji hambanya kerana rindu mendengar hambanya merintih kepada DIA. Kekadang aku juga terleka...

Atas kesedaran itu, aku mempunyai semangat yang baru. Untuk menjadi hamba yang taat kepada perintah, untuk menerima kenyataan yang diri ini berpenyakit, dan untuk mengamalkan hidup yang sihat. Alhamdulillah, hidup makin tenang dah bahagia..
Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, March 24, 2012

assalamualaikum

jawab la salam yang olin nie dulu yer...

dah lama x menulis dalam blog nie.
mungkin terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira menyebabkan masa untuk mendekatkan diri dengan penulisan blog nie terhenti seketika...

selama menyepikan diri nie, sedih, suka. tangis dan tawa banyak bermain dalam jiwa..
rasanya sedih itu banyak berbanding bahagia...

banyak sungguh ujian yang berkunjung tiba, hinggakan diri ini terasa tak tahan lagi menanggungnya. selalunya orang kata "Allah akan berikan ujian untuk hambanya yang benar2 kuat". tapi olin tak kuat..olin tak mampu mengharungi takdir tu..

di saat ditimpa musibah, sahabat yang dulu berjanji untuk sehidup semati pergi meninggalkan diri nie..mengapa? perlukah mendengar orang lain berbicara daripada bertanya sendiri kesahihannya? rasanya hati ini terlalu berkecil hati dan tidak mungkin akan ada mereka lagi dalam ingatan ini.. maaf diri ini bukannya mudah untuk memaafkan..




 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...