Wah,dah lama tak meng"update" blog. Sampaikan aku hampir terlupa kata laluan blog sendiri. Terukkan? Jadi mulai saat nie aku akan berjinak semula dgn blog dan bloger-bloger yang ada.
Entry kali nie bukAn nak cerita pasal lama tak menulis, tapi pasal semangat baru. Semangat baru?? Yupp.. Semangat apa tu? Haa ni yang nak cerita.
Tanggal 11.06.12, sehinggalah 17.06.12, aku terpaksa menetap di Hospital Sultanah Bahiyah. Di dalam wad 3C aku ditempatkan bersama pesakit yang lain. Aku berada di situ atas sebab menghidapi sejenis penyakit yang selama ini aku tidak pernah menduga.. Walaupun bukan penyakit kronik, namun aku memerlukan ubat sepanjang hayat.
Sewaktu diberitakan oleh dokter, aku tak dapat menerima kenyataan tersebut. Aku merasa terlalu tertekan. Siang malam meratap dan aku juga mempersoalkan takdir tentang mengapa aku yang perlu menerima.
Namun, satu hari, aku terdengar lagu nyanyian seorang penyanyi bernama Opick. Lagu tersebut menyedarkan aku tentang dugaan daripada Allah SWT. Tentang mengapa DIA menduga hambanya.
Allah engkau dekat,
Penuh kasih sayang.
Takkan pernah engkau biarkan,
Hamba-Mu menangis,
Karna kemurahan-Mu,
Karna kasih sayang-Mu..
Hanya bila diri-Mu,
Ingin nyatakan cinta,
Pada jiwa yang rela
dia kekasih-Mu.
Kau yang selalu terjaga,
Yang memberi segala..
Lagu ini menyedarkan aku bahawa Allah sedang menguji aku. Maka aku redha dengan ketentuan ini dan menerima segala dengan penuh rasa sabar. Benar kata orang, kadang Allah menguji hambanya kerana rindu mendengar hambanya merintih kepada DIA. Kekadang aku juga terleka...
Atas kesedaran itu, aku mempunyai semangat yang baru. Untuk menjadi hamba yang taat kepada perintah, untuk menerima kenyataan yang diri ini berpenyakit, dan untuk mengamalkan hidup yang sihat. Alhamdulillah, hidup makin tenang dah bahagia..
Published with Blogger-droid v1.6.9
No comments:
Post a Comment