Followers

Sunday, September 18, 2011

Duri Dalam Persahabatan

Hubungan akrab sesama sahabat semestinya akan sentiasa disemai dengan nilai persahabatan yang sejati. Kejujuran dalam bersahabat itulah yang bakal menjadi kekuatan kepada sesuatu hubungan persahabatan yang tersimpul.
Sebolehnya kamu perlu menjaga pergaulan, agar ikatan yang sedia terjalin itu tidak mudah berakhir. Oleh itu, elakkan daripada melakukan 10 terlarang dalam senarai ini, agar hubungan kamu dengan sahabat tetap hangat untuk selamanya! Ikuti tips sahabat ini dari sumber Rafiqrullah.
caption-90268-20080511232530
Kawan Makan Kawan
Ops!! Hal yang satu ini perlu kamu jauhi. Istilah ini sering menjadi perkara pokok di dalam membincangkan hak yang berkaitan dengan pergaduhan dengan rakan. Kawan makan kawan ini sering kali dikaitkan dengan umpatan, mengata dari belakang, menghasut rakan, merampas pasangan sahabat dan sebagainya.
Oleh itu elakkan daripada melakukan kesilapan ini demi menjaga hubungan persahabatan kamu. Kita sudah banyak melihat kesan dari situasi ini kawan makan kawan ini. Yang mana persahabatan mereka kebanyakannya berakhir dengan kemusnahan hubungan persahabatan itu. Bersikap jujur saja dengan sahabatmu tanpa perlu mempunyai perasaan seumpama itu.
friendsCartoon-main_Full
Penipu.
Dalam sesetengah perkara atau situasi kamu mungkin ada kalanya ‘auta’ dengan kawan-kawan sendiri. Contohnya latar belakang keluarga, kononnya kamu anak orang kaya, mampu membeli barangan berjenama mewah dan macam-macam lagi omongan kamu semata-mata untuk mempamerkan kelebihan yang ada pada diri kamu. Bagi kamu, kamu perlu menutup segala kekurangan kamu kerana ingin kelihatan setaraf dangan rakan-rakan yang lain. Namun kamu perlu tahu, bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh juga ke tanah akhirnya.
Lebih baik jika kamu berterus – terang di awal perkenalan lagi karana, takut nanti akan timbul masalah di kemudian hari. Tidak perlu ada penipuan andai kamu dambakan persahabatan yang sejati. Rakan yang sejati juga akan menerima kamu seadanya, tidak mengambil pusing perihal latar belakang kamu jika kamu benar-benar mahu menyimpul tali persahabatan.
Suka Ambil Kesempatan.
Kamu berkawan dengan seorang yang berada, dan sudah pasti kamu berbuat baik dengannya berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Kamu pandai mengambil hati, bijak memainkan peranan kamu semata-mata hanya untuk menumpang kesenangan sahabat anda itu. Padahal kamu tidak senang dengan lagak gayanya yang pastinya berangan kaya dan gedik. Kamu pura-pura menyenanginya kerana kamu pasti mahu selalu dibelanja, menaiki kereta mewah dan sebagainya.
Situasi ini sering berlaku di luar kesadaran kamu. Oleh itu, buat kamu yang suka mengambil kesempatan, cuba untuk sedarkan diri kamu kerana apa yang kamu lakukan itu tidak mendatangkan manfaat pada sikap kamu yang suka bermuka-muka dalam berkawan. Ingatlah sahabatku sesebuah hubungan yang terjalin tidak akan kelihatan realistik, hanya ‘plastik’ semata-mata.
Panjang Tangan.
Aduh, Paling parah jika sahabatmu ini seorang yang panjang tangan orangnya. Buka sahaja ‘harta’ kamu, tetapi ‘harta’ oarng lain juga turut diambilnya. Ketahuilah hal ini amat menjengkelkan kerana ia sudah pasti rakanmu itu tidak akan memberitahumu diatas sikap panjang tangannya itu. Namanya pun pencuri. Perkara ini sering sahaja berlaku di dalam sesebuah persahabatan yang sekali gus bisa membuatkan hububgan persahabatan ini boleh retak begitu sahaja.
Bukan kerana mencuri barangnya, akan tetapi rakanmu itu berasa tidak senang dan kecil hati dengan sikap rakannya yang panjang tangan. Kata orang, jika kita mahukan barang tersebut maka apalah salahnya sekiranya meminta padanya untuk meminjam barang tersebut darinya. hurm sudah tentu dia rakan anda akan memberinya tanpa banyak bersoal jawab.
Talam dua muka.
Berpura-pura. Ha, itulah kata kuncinya yang utama.Buat kamu yang mungkin boleh disifatkan sebagai kawan yang talam dua muka ini, sebolehnya kamu cuba elakkan daripada meneruskan sikap kamu yang merugikan itu. Di depan A, kamu baik-baik sahaja. Akan tetapi di belakangnya, kamu pula yang menjadi batu api kepada kawan B, bercerita perihal keburukan kawan A.
Dalam persahabatan itu, tidak mustahil kamu juga akan dilayani seperti itu. Ingatlah sekiranya kamu tidak suka, begitu juga dengan rakanmu. Tiada siapa yang suka untuk menjadi bahan umpatan dari belakang. Langkah terbaik, elakkan saja dari bersikap sedemikian. Takut nanti ia akan memakan diri kamu sendiri.
Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada.
Rakan yang sebegini hanya memerlukan kamu pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Misalnya untuk meminta pertolongan kamu, ingin menumpangkan kamu untuk ke kuliah atau ke tempat kerja dan sebagainya. Pun begitu, apabila tiba waktu senangnya, dia boleh pula melupai kamu dan buat hal dia saja tidak mempedulikan kamu lagi.
Sahabat yang berperangai sedemikian tidak perlu diberi peluang sama sekali. Ternyata ia hanya memerlukan kamu sekiranya dia didalam kesusahan. Pada waktu senang, kelibatnya pun tidak pernah kelihatan. Individu seperti ini tidak boleh dianggap kawan, tetap akan hanya layak digelar kenalan biasa sahaja..opss!!
friends-forever-border
Perasan!
Sedar atau tidak, kadang-kadang ada diantara rakanmu yang sering memuji diri sendiri dihadapan kamu. Macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya. Apa yang pasti, setiap cerita yang disampaikan itu akan ada unsur-unsur memuji, angkat bakul sendiri. Pendek kata, dia perasan sendiri! Antaranya dia sering memberitahu kamu bahawa ada seseorang di dalam kuliah atau di tempat berkerja sedang memerhatikannya, merenungnya tajam seakan-akan mahu menggoda dirinya.
Padahal kamu mengenali individu yang dimaksudkannya itu dan dia sebenarnya mengutuk rakamu itu perihal pemakaiannya atau tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Kamu pula segan untuk memberitahu hal yang sebenar. Apa yang jelas, bagi kamu yang selalu berperangai sebegini ini, elakkan saja sikap yang sedemikian. Tidak salah untuk memuji diri, asalkan kita tidak melampau sudahlah ya.
Mata Duit Vs Kedekut!
Tentu kamu pernah mendengar istilah wang adalah segalanya! Begitulah juga ‘pengaruhnya’ kepada rakanmu jika ada. Terdapat segelintir rakanmu yang tanpa segan silu menunjukkan pada kamu betapa wang ringgit itu merupakan keutamaan dalam sesebuah kehidupnya. Mahu ‘dipayungkan’ setiap masa, kedekut untuk mengeluarkan wang dari poket sendiri.
Nama pun berkawan, adalah sangat penting bagi kamu untuk berkongsi apa sahaja.Tambah juga jika kamu masih menuntut lagi. Tentunya kewangan akan menjadi perkara penting buatmu. Jika kamu beriadah atau menonton wayang, tidak salah jika masing-masing berkongsi tambang, makan dan lain-lain lagi. INGAT! jangan terlalu kedekut dan hanya mendambakan sumbangan dari orang lain sahaja. Kebanyakan orang tidak suka jika kita bersikap sedemikan rupa. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah jagan selalu..
sneak_hug_by_Cartoon_Gal
Gedik.
Ini juga merupakan salah-satu ‘dosa besar’ dalam bersahabat. Gedik dalam situasi ini bukan dalan konteks sosialnya. Tetapi gedik apabila keluar bersama. Takut-takut nanti si dia pula akan gedik degan teman istimewa kamu! Bayangkan, sedang kamu asyik bergembira makan bersama, tiba-tiba rakan kamu cuba pula untuk ‘beramah mesra’ denga teman istimewamu.
Tidakkah perkara itu akan membangkitkan kecemburuan kamu? Justeru, cuba elakkan perkara sedemikian dari berlaku. Bagi si gedik, perangai kamu yang sebegitu hanya akan membuatkan orang lain menyampah sahaja. Tidak salah jika kita hendak mempamerkan keramahan diri kita yang sebenarnya, akan tetapi biarlah ia dengan cara, situasi dan masa yang betul kena pada tempatnya.
Moody!
Tentunya ada dikalangan kamu yang mempunyai rakan yang agak moody dan tidak boleh diramal sikapnya pada satu-satu masa. Hal ini mungkin dianggap normal, namun tidakkah kamu sedar bahawa perangainya yang angin tidak mengira tempat akan membawa kepada situasi persahabatan yang kurang enak? misalnya ada ketikanya moodnya ok sahaja, akan tetapi selepas tidak lama itu, sikapnya akan mula berubah pula. Marah-marah, tengking kamu hingga mempamerkan sikap barannya juga.
Bagi kamu yang bersikap agak moody ini ia boleh memberi kesan negatif kepada hubungan kamu dengan sahabat. Elakkan sikap itu dalam diri kamu, apatah lagi jika sahabatmu itu sensitif orangnya.
Jadi nasihat Suri sentiasalah waspadalah pada rakan-rakan anda disekeliling lebih-lebih lagi pada rakan yang baru kita kenali..
Rakan anda bagaimana pula, adakah baik-baik kesemunya..?? jom kita kongsikannya disini.

6 comments:

Nadia said...

betul tu..paling nad tak suka..kawan makan kawan..sakit rasanye..:(

olinolina said...

yup...benci bila ada kwn yg mcm tu

dendelion said...

betul ~ benci bila ada kawan talam dua muka. Depan baik, blakang mengata ==

Zyla said...

bersahabt ni mmg payah.. janji kita tahu kita iklhas dah ckp.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

sakit hati je kan , bila dapat yang macam nie :)

olinolina said...

tulah..emm olin paling xsuka sahabat yg kedekut.heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...