assalamualaikum
sahabat yang ku sayangi,
ada kala hidup ini tersusun dengan kekalutan
kadang pula di isi dengan kegusaran,
yang menipiskan kesempatan untuk kita
saling terus mengenali, mengambil tahu
serta
mengambil berat.
maafkanlah kekurangan itu,
dan aku juga memaafkan mu kerana aku tahu
kamu juga melalui hari yang sebegitu.
dan hari ini,
tuhan memberi aku kesempatan lagi
mensyukuri akan kehadiranmu,
menyampaikan padamu setiap baris doaku untukmu
agar kamu tahu..
selalu tahu..
kamu selalu ada di ingatanku.
namun hari ini, di mana silapnya,
persahabatan tidak lagi seperti dulu.
masing-masing hanya punya kepentingan diri sendiri
langsung tidak mahu memahami,
apatah lagi untuk mengasihani,
sahabat yang tersungkur kerana sedang diuji.
kadang-kadang,
terasa untuk memusuhi,
namun tidak tergamak hati ini.
harapan semoga di suatu hati, ikatan ini bersinar kembali
2 comments:
awak..kte sukela bce etry sal friendhip neyh!!!hehe
thanks awk...
Post a Comment