Followers

Friday, November 11, 2011

indahnya persahabatan itu

dah lama xjumpa kawan-kawan lama dulu.bila dapat jumpa, seronok rasanya. bila dah berjumpa, inilah yang terjadi...









what if


  • What if I give you my smile?
    Are you gonna stay for a while?
    What if I put you in my dreams tonight?
    Are you gonna stay 'till it's bright?

    What if I give you my story?
    Are you gonna listen to me?
    What if I give you my heart?
    Are we never gonna be apart?

    What if... if I do ignore you?
    Will you just walk away and cry?
    What if I did disappoint you?
    Are you gonna say goodbye?

    What if I try to catch a flying snitch?
    Are you gonna come with me?
    What if I give you my song?
    Are we gonna sing along?

    What if... if you leave me right here?
    I'm right here and waiting for you

Monday, October 10, 2011

ku kongsikan kebahagiaan ini


walaupun hanya menumpang kasih,

tapi hati nie sangat bahagia.



bila la nak merasa detik nie kan

hehe

Tuesday, October 4, 2011

bukan aku yang bersalah

bersalahkah aku? bersalah ape yer?

apa yang olin merepek nie?



tak lah.

olin tak merepek pun. nie kisah benar yang perlukan pendapat semua.

bersalahkah jika kita jatuh cinta pada seseorang yang merupakan

sahabat baik kekasih kita sendiri?

kita tak pernah nak menjangka,

pertemuan selama dua hari itu membibitkan rasa cinta.

 bukan sahaja bertepuk sebelah tangan,

malahan si dia juga turut sama menyimpan rasa.

salahkan itu semua?

layanan yang diberikan oleh "dia"

terlalu berbeza,

tertalu istimewa

mudah sekali menguntumkan senyuman.

terlalu rasa bahagia.

namun rasa kasih terhadap yang lama masih bertahta di jiwa.



SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER



take this opportunity untuk tambahkan follower by join this segmen.

kalau korang rasa nak join,

join lah.

Jom tambah trafik blog



dah lama olin xjoin mana-mana segmen.

so hari nie olin join semula.

korang yang nak join tu macam biasa lah klik kat banner atas tu.

hope dapatla capai target

Monday, October 3, 2011

"empty"


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


dalam duka ada tawa

dah lama xmenulis...mungkin disebabkan kesibukkan aku menyetelkan thesis yang xselesai2 nie..otak makin serabut, makin kusut. dalam kesibukkan nie, macam2 peristiwa  berlaku. cuma xsempat untuk aku kongsikan. ada manis, ada juga peristiwa pahitnya. apa yang manisnya ialah aku dikurniakan seorang lagi anak saudara.sangat comel. NUR IRIS HANISYA...like to see her face..baby x banyak meragam..syukur baby sihat..mesti abg aku bahagia..aku pun nak.hehehe..tapi lambat lagi kot..thanks to Allah sebab hadiahkan permata nie dalam keluarga kami. hope abg aku mampu jadi seorang ayah yang terbaik n of course seorang suami yang terhebat.proud it. terlupa segala kesedihan bila terpandang wajah Iris..





namun ada juga kedukaan yang terjadi...my little sister terlibat dengan kemalangan..menitis air mata aku bila terpandang luka-luka kat badan dia.masyaAllah...teruk sangat2...dia pulak asyik menangis..mahu saja aku gantikan tempat dengan dia...paling menyedihkan, kemalangan tu terjadi depan mata mak n abg aku.. kira trauma lah diorang tu. nampak adik aku terbaring kat tepi jalan tu.. nasib jugaklah masa tu diorang ada.dapat juga menolong..mak aku asyik cakap yang dia sedih sebab terjadi depan mata dia...aku cakap dekat mak " mama sepatutnya bersyukur sebab adik hanya luka2 ja, xde patah or remuk kat mana2 anggota..cuba mama bayangkan ada sesetengah orang nampak anak mati depan mata" terus mak aku diam...aku bukan apa, bila mak aku terus dok cakap hal yang sama, hati aku nie  naik serabut.hehhee..

masa bawak adik aku ke klinik tu, dokter kat situ pun kena marah dengan aku. yela, adik aku tengah mengeletar sakit.. yang dia sibuk hampar surat khabar kat dalam bilik tu. sebabnya? sebab takut lantai n meja dia terkena darah..aku cakap kat dokter tu.."x profesional langsung awk nie. sepatutnya utamakan dulu pesakit yang tengah sakit nie. darah tu boleh lap. kalo malas sangat nak lap, meh saya yg lapkan." terus dia berhenti hampar surat khabar tu. geram sangat aku waktu tu..ikutkan hati nak ja aku lempar dokter tu keluar.

keluarga adalah segalanya kan..bila sesuatu terjadi menimpa ahli keluarga, kita sendiri akan turut sama terasa. apa2 pun aku bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk adik aku terus bernafas..kalau x, xtahu la nak ckp apa..apa-apa pun, jodoh maut semua di tangan tuhan...

Thursday, September 22, 2011

Ujian hanyalah penguat jiwa



Kesusahan dan kepayahan yang dilalui dalam hidup adalah lumrah. Setiap daripada kita pasti melaluinya. Tidak ada sesiapa pun yang berani untuk mengatakan bahawa mereka tidak pernah berdepan dengan kesukaran di dalam hidup.
Anda, saya mahu pun sesiapa yang bergelar manusia wajib untuk menempuh dengan beribu gulungan ombak bahtera kehidupan. Kadangkala kita terolang ke kanan, terkadang teraling pula ke kiri. Dan natijahnya, adakah kita kuat untuk melalui kesemuanya itu? Tepuk dada tanyalah hati anda.
Ya, kita yang hidup ini perlu meneruskan hidup. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Yang hidup perlu teruskan misinya. Yang sudah berlalu maka biarkanlah ia pergi , usah dikenang lagi. Ungkapan seperti ini sepertinya sudah menjadi kelaziman kepada dunia kita pada hari ini. Dan saya amat sukakan kalimat seperti ini.
Barang yang lepas usah dikenang. Betul? Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua… hidup kita ini sememangnya medan ujian untuk menguji sejauh mana kekuatan kita. Adakah kita ini benar-benar kuat, atau adakah kita ini sekadar pelengkap kejadian manusia di muka bumi ini.
Bukankah Tuhan juga ada menyebut di dalam  kitab sucinya, kita ini sebagai manusia adalah sebaik-baik ciptaan kejadian. Disuruh untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jadi, perlukah untuk kita mencari bukti-bukti lain untuk menjelaskan bahawa kita ini benar-benar ciptaan yang terbaik daripada Maha Pencipta?
Dan apabila kita telah sedia maklum bahawa kitalah sebaik-baik ciptaannya, maka itu kita mesi tunjukkan bahawa kita ini memang berhak untuk dikatakan sebaik-baik makhluk dan kejadian..
Ya, bersedih itu tidak salah, tetapi berlebih-lebih di atas kesedihan, itu yang salahnya. Jadi, tunjukkan kepada dunia, buktikan kepada semua bahawa kitalah sebaik-baik ummat. Kitalah yang berhak untuk menjadi pewaris ummat Muhhamd SAW.
Apa guna memandang cantiknya pakaian orang, kalau pakaian sendiri pun tidak pernah dilihat, sesekali itu lihatlah lebihnya apa ada pada diri kita, mungkin disitu terselit seribu kecantikan yang tidak pernah kita terjangka.
Kita ini hebat, kita juga sebenarnya mampu untuk mendepani setiap ujian daripada DIA, jadi mengapa mesti mudah mengalah, percayalah pada diri sendiri, anda pasti berjaya.
YaAllah, hentikanlah segala kesusahan ini, hentikanlah tangis ini agar aku mampu untuk terus berdiri semula
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujianMenguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahanTerasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayahUsah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup iniTeruslah berdoa
Pada AllahPengasih…Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…
kurniaanNyaMaka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Tuesday, September 20, 2011

Sudah Itu Takdirnya


hari nie olin demam lagi.

dah dekat seminggu dah.mak dok bising2 suruh g klinik.

tapi maaflah yer mak,

andai ditakdirkan aku rebah ke bumi pun aku takkan pergi.

entahlah.

sebab takut kot.

dulu masa kecil, hospital rumah kedua aku.

pernah jgak dulu aku demam teruk,

mak ngn abg2 buat pakatan belia  4B,

paksa aku ke klinik.

dokter tu lak cakap aku kena diberi suntikkan.

aduhai,

sarang tebuan jangan dijolok.

akhirnya,

langsir bilik dokter tu runtuh gara2 aku bertukar menjadi raksasa gorgo.

tergamam dokter tu.

mesti dia ckp,

"ini orang ka apa ka?"

xpelah, itu cerita lama.

hari nie bukan nak cerita pasal demam.

nak cerita pasal keinginan aku.

tengah aku termenung di muka buku pintu,

muncul la idea

untuk membela harimau.


aku cakap la kat mak aku,

ma, p la cari ank harimau. olin nak bela.

tapi,

mak aku kata aku nie x dah betul.

mak aku kata lagi,

esok dia dah besaq, dia ngap kepala hang, dengan kepala tok ketua pun terngap.

(kepala tok ketua tu aku yang tambah.hehe)

ala, nak bela harimau nie sebenarnya ada cara.

caranya ialah,

dari kecik lagi, ajar la dia makan nasik, mkn friskies..kira mcm kucing la.

jangan bagi dia mkn daging langsung.

lama2 dia biasa la kan.

mesti manja. eii gebu jer bulu harimau tu.

kalau ada,

mesti nama dia aku letak abu.



Monday, September 19, 2011

hantu di padang pasir lagi baik


adoi geramnya aku..geram,dan geram!!


nie ada satu peristiwa yang menjengkelkan hati aku,

wat aku rasa nak jadi naga berapi.

nak tahu sebab apa?


ini kisahnya.

waktu aku dekat station bas seksyn 17 shah alam.

seperti biasa, kamera nikon D3100 aku kelek bersama.

kira tak lengkap la hidup kalau tak bawak.

ok

berbalik kepada cerita asal, masa aku tunggu bas,

tetiba terasa nak masuk toilet.

toilet yang tersangat la bersih, indah serta maju jaya tu..yeke?

bila aku masuk, takde tempat untuk aku letak beg kamera tu.

takkan la aku nak tinggalkan kat luar, serupa macam aku nak bagi sedekah la kan.

jadi aku terpaksalah letak dekat atas dinding pembahagi tandas.


seminit jer aku letak,

tetiba aku nampak tangan dari bilik sebelah pegang beg tu.

jadi,

aku bertindak ala komando

merempuh pintu tandas tu dan cepat menangkap tangan si perompak bodoh lagi durjana itu.

aduh, mengandung2 pun masih nak mencuri.

kalau bukan sebab kemengandungan itu, dah lama aku kick lepas ke syiling.

kira berperikemanusiaan lah jugak aku nie.

korang nak tahu tak apa alasan pempuan indon tu?

alasan dia,

"maaf ya, ingatkan ini barang saya"

aduhai.



nak tertelan baldi tadahan air tu aku dibuatnya.

so, moral of the story,

kalau xnak jadi mcm tu,

pakailah pampers mamypoko.


ibu..saya sayang kamu


sedang aku melawat blog-blog sahabat,

terpandang wajah ibu yang sedang nyenyak tidur.

terdetik hatiku,

aku terlalu sygkan ibu..


kasih ibu
kepada aku
tak terhingga sepanjang masa
hanya memberi
tak pernah mengharap kembali
bagai sang suria menyinari dunia
ibu, seandainya tak ada engkau di dunia ini, pastilah aku tak akan pernah terlahir ke dunia ini. ibu, engkau yang telah melahirkan diri ini ke dunia. engkau telah berkorban jiwa dan raga hanya untuk melahirkan seorang anak bernama aku. ibu, engkau mengandung sembilan bulan lamanya. tidak mudah, sungguh tidak mudah pengorbananmu itu. belum lahir diri ini ke dunia sudah sangat membuat engkau kesusahan. terlebih lagi setelah diri ini muncul ke dunia. lebih-lebih penderitaanmu. entah berapa banyak malam-malam yang engkau korbankan kerana tangis ini. entah berapa banyak derai tangis yang terjadi akibat kenakalan ini. tapi selalu itu yang engkau berikan, kesabaran dan kasih sayang yang tak terhingga.
dan kini setelah dewasa, apa yang aku lakukan padamu?! diri ini malah banyak membantahnya daripada menuruti apa yang engkau perintahkan. bukan kerana perintahmu itu adalah perintah yang buruk, tapi kerana diri ini belum sedar bahawa belum ada secuilpun perbuatan untuk membalas jasa-jasamu itu.
 ibu, bagaimana caranya diri ini membayar semuanya itu?!


Kubuka Album Biru
Penuh Debu dan Usang
Kupandangi Seragam Berdiri
Kecil Bersih Belum Ternoda
Pikirku Pun Melayang
Dahulu Penuh Kasih
Teringat Semua Cerita Orang
Tentang Riwayatku
Kata Mereka Diriku Slalu Dimanja
Kata Mereka Diriku Slalu Ditimang
Nada-nada Yang Indah
Slalu Terurai Darimu
Tangisan Nakal Bibirku
Tak Kan Jadi Deritamu
Tangan Halus dan Suci
Tlah Menangkap Tubuh Ini
Jiwa Raga dan Seluruh Hidup
Rela Dia Berikan
Kata Mereka Diriku Slalu Dimanja
Kata Mereka Diriku Slalu Ditimang
Oh Bunda Ada dan Tiada
Dirimu Kan Selalu Ada Di Dalam Hatiku
Pikirku Pun Melayang
Dahulu Penuh Kasih
Teringat Semua Cerita Orang
Tentang Riwayatku
Kata Mereka Diriku Slalu Dimanja
Kata Mereka Diriku Slalu Ditimang
Oh Bunda Ada dan Tiada
Dirimu Kan Selalu Ada Di Dalam Hatiku
[Melly Goeslaw]
Ribuan kilo jalan yang kau tempuh
Lewati rintang untuk aku anakmu
Ibuku sayang masih terus berjalan
Walau tapak kaki
Penuh darah, penuh nanah
Seperti udara
Kasih yang engkau berikan
Tak mampu ku membalas
Dengan apa ku membalas
Ibu…
[Iwan Fals]


Sunday, September 18, 2011

Duri Dalam Persahabatan

Hubungan akrab sesama sahabat semestinya akan sentiasa disemai dengan nilai persahabatan yang sejati. Kejujuran dalam bersahabat itulah yang bakal menjadi kekuatan kepada sesuatu hubungan persahabatan yang tersimpul.
Sebolehnya kamu perlu menjaga pergaulan, agar ikatan yang sedia terjalin itu tidak mudah berakhir. Oleh itu, elakkan daripada melakukan 10 terlarang dalam senarai ini, agar hubungan kamu dengan sahabat tetap hangat untuk selamanya! Ikuti tips sahabat ini dari sumber Rafiqrullah.
caption-90268-20080511232530
Kawan Makan Kawan
Ops!! Hal yang satu ini perlu kamu jauhi. Istilah ini sering menjadi perkara pokok di dalam membincangkan hak yang berkaitan dengan pergaduhan dengan rakan. Kawan makan kawan ini sering kali dikaitkan dengan umpatan, mengata dari belakang, menghasut rakan, merampas pasangan sahabat dan sebagainya.
Oleh itu elakkan daripada melakukan kesilapan ini demi menjaga hubungan persahabatan kamu. Kita sudah banyak melihat kesan dari situasi ini kawan makan kawan ini. Yang mana persahabatan mereka kebanyakannya berakhir dengan kemusnahan hubungan persahabatan itu. Bersikap jujur saja dengan sahabatmu tanpa perlu mempunyai perasaan seumpama itu.
friendsCartoon-main_Full
Penipu.
Dalam sesetengah perkara atau situasi kamu mungkin ada kalanya ‘auta’ dengan kawan-kawan sendiri. Contohnya latar belakang keluarga, kononnya kamu anak orang kaya, mampu membeli barangan berjenama mewah dan macam-macam lagi omongan kamu semata-mata untuk mempamerkan kelebihan yang ada pada diri kamu. Bagi kamu, kamu perlu menutup segala kekurangan kamu kerana ingin kelihatan setaraf dangan rakan-rakan yang lain. Namun kamu perlu tahu, bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh juga ke tanah akhirnya.
Lebih baik jika kamu berterus – terang di awal perkenalan lagi karana, takut nanti akan timbul masalah di kemudian hari. Tidak perlu ada penipuan andai kamu dambakan persahabatan yang sejati. Rakan yang sejati juga akan menerima kamu seadanya, tidak mengambil pusing perihal latar belakang kamu jika kamu benar-benar mahu menyimpul tali persahabatan.
Suka Ambil Kesempatan.
Kamu berkawan dengan seorang yang berada, dan sudah pasti kamu berbuat baik dengannya berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Kamu pandai mengambil hati, bijak memainkan peranan kamu semata-mata hanya untuk menumpang kesenangan sahabat anda itu. Padahal kamu tidak senang dengan lagak gayanya yang pastinya berangan kaya dan gedik. Kamu pura-pura menyenanginya kerana kamu pasti mahu selalu dibelanja, menaiki kereta mewah dan sebagainya.
Situasi ini sering berlaku di luar kesadaran kamu. Oleh itu, buat kamu yang suka mengambil kesempatan, cuba untuk sedarkan diri kamu kerana apa yang kamu lakukan itu tidak mendatangkan manfaat pada sikap kamu yang suka bermuka-muka dalam berkawan. Ingatlah sahabatku sesebuah hubungan yang terjalin tidak akan kelihatan realistik, hanya ‘plastik’ semata-mata.
Panjang Tangan.
Aduh, Paling parah jika sahabatmu ini seorang yang panjang tangan orangnya. Buka sahaja ‘harta’ kamu, tetapi ‘harta’ oarng lain juga turut diambilnya. Ketahuilah hal ini amat menjengkelkan kerana ia sudah pasti rakanmu itu tidak akan memberitahumu diatas sikap panjang tangannya itu. Namanya pun pencuri. Perkara ini sering sahaja berlaku di dalam sesebuah persahabatan yang sekali gus bisa membuatkan hububgan persahabatan ini boleh retak begitu sahaja.
Bukan kerana mencuri barangnya, akan tetapi rakanmu itu berasa tidak senang dan kecil hati dengan sikap rakannya yang panjang tangan. Kata orang, jika kita mahukan barang tersebut maka apalah salahnya sekiranya meminta padanya untuk meminjam barang tersebut darinya. hurm sudah tentu dia rakan anda akan memberinya tanpa banyak bersoal jawab.
Talam dua muka.
Berpura-pura. Ha, itulah kata kuncinya yang utama.Buat kamu yang mungkin boleh disifatkan sebagai kawan yang talam dua muka ini, sebolehnya kamu cuba elakkan daripada meneruskan sikap kamu yang merugikan itu. Di depan A, kamu baik-baik sahaja. Akan tetapi di belakangnya, kamu pula yang menjadi batu api kepada kawan B, bercerita perihal keburukan kawan A.
Dalam persahabatan itu, tidak mustahil kamu juga akan dilayani seperti itu. Ingatlah sekiranya kamu tidak suka, begitu juga dengan rakanmu. Tiada siapa yang suka untuk menjadi bahan umpatan dari belakang. Langkah terbaik, elakkan saja dari bersikap sedemikian. Takut nanti ia akan memakan diri kamu sendiri.
Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada.
Rakan yang sebegini hanya memerlukan kamu pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Misalnya untuk meminta pertolongan kamu, ingin menumpangkan kamu untuk ke kuliah atau ke tempat kerja dan sebagainya. Pun begitu, apabila tiba waktu senangnya, dia boleh pula melupai kamu dan buat hal dia saja tidak mempedulikan kamu lagi.
Sahabat yang berperangai sedemikian tidak perlu diberi peluang sama sekali. Ternyata ia hanya memerlukan kamu sekiranya dia didalam kesusahan. Pada waktu senang, kelibatnya pun tidak pernah kelihatan. Individu seperti ini tidak boleh dianggap kawan, tetap akan hanya layak digelar kenalan biasa sahaja..opss!!
friends-forever-border
Perasan!
Sedar atau tidak, kadang-kadang ada diantara rakanmu yang sering memuji diri sendiri dihadapan kamu. Macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya. Apa yang pasti, setiap cerita yang disampaikan itu akan ada unsur-unsur memuji, angkat bakul sendiri. Pendek kata, dia perasan sendiri! Antaranya dia sering memberitahu kamu bahawa ada seseorang di dalam kuliah atau di tempat berkerja sedang memerhatikannya, merenungnya tajam seakan-akan mahu menggoda dirinya.
Padahal kamu mengenali individu yang dimaksudkannya itu dan dia sebenarnya mengutuk rakamu itu perihal pemakaiannya atau tingkah lakunya yang kurang menyenangkan. Kamu pula segan untuk memberitahu hal yang sebenar. Apa yang jelas, bagi kamu yang selalu berperangai sebegini ini, elakkan saja sikap yang sedemikian. Tidak salah untuk memuji diri, asalkan kita tidak melampau sudahlah ya.
Mata Duit Vs Kedekut!
Tentu kamu pernah mendengar istilah wang adalah segalanya! Begitulah juga ‘pengaruhnya’ kepada rakanmu jika ada. Terdapat segelintir rakanmu yang tanpa segan silu menunjukkan pada kamu betapa wang ringgit itu merupakan keutamaan dalam sesebuah kehidupnya. Mahu ‘dipayungkan’ setiap masa, kedekut untuk mengeluarkan wang dari poket sendiri.
Nama pun berkawan, adalah sangat penting bagi kamu untuk berkongsi apa sahaja.Tambah juga jika kamu masih menuntut lagi. Tentunya kewangan akan menjadi perkara penting buatmu. Jika kamu beriadah atau menonton wayang, tidak salah jika masing-masing berkongsi tambang, makan dan lain-lain lagi. INGAT! jangan terlalu kedekut dan hanya mendambakan sumbangan dari orang lain sahaja. Kebanyakan orang tidak suka jika kita bersikap sedemikan rupa. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah jagan selalu..
sneak_hug_by_Cartoon_Gal
Gedik.
Ini juga merupakan salah-satu ‘dosa besar’ dalam bersahabat. Gedik dalam situasi ini bukan dalan konteks sosialnya. Tetapi gedik apabila keluar bersama. Takut-takut nanti si dia pula akan gedik degan teman istimewa kamu! Bayangkan, sedang kamu asyik bergembira makan bersama, tiba-tiba rakan kamu cuba pula untuk ‘beramah mesra’ denga teman istimewamu.
Tidakkah perkara itu akan membangkitkan kecemburuan kamu? Justeru, cuba elakkan perkara sedemikian dari berlaku. Bagi si gedik, perangai kamu yang sebegitu hanya akan membuatkan orang lain menyampah sahaja. Tidak salah jika kita hendak mempamerkan keramahan diri kita yang sebenarnya, akan tetapi biarlah ia dengan cara, situasi dan masa yang betul kena pada tempatnya.
Moody!
Tentunya ada dikalangan kamu yang mempunyai rakan yang agak moody dan tidak boleh diramal sikapnya pada satu-satu masa. Hal ini mungkin dianggap normal, namun tidakkah kamu sedar bahawa perangainya yang angin tidak mengira tempat akan membawa kepada situasi persahabatan yang kurang enak? misalnya ada ketikanya moodnya ok sahaja, akan tetapi selepas tidak lama itu, sikapnya akan mula berubah pula. Marah-marah, tengking kamu hingga mempamerkan sikap barannya juga.
Bagi kamu yang bersikap agak moody ini ia boleh memberi kesan negatif kepada hubungan kamu dengan sahabat. Elakkan sikap itu dalam diri kamu, apatah lagi jika sahabatmu itu sensitif orangnya.
Jadi nasihat Suri sentiasalah waspadalah pada rakan-rakan anda disekeliling lebih-lebih lagi pada rakan yang baru kita kenali..
Rakan anda bagaimana pula, adakah baik-baik kesemunya..?? jom kita kongsikannya disini.

kenyataan

assalamualaikum

sahabat yang ku sayangi,

ada kala hidup ini tersusun dengan kekalutan

kadang pula di isi dengan kegusaran,

yang menipiskan kesempatan untuk kita

saling terus mengenali, mengambil tahu

serta

mengambil berat.

maafkanlah kekurangan itu,

dan aku juga memaafkan mu kerana aku tahu

kamu juga melalui hari yang sebegitu.



dan hari ini,

tuhan memberi aku kesempatan lagi

mensyukuri akan kehadiranmu,

menyampaikan padamu setiap baris doaku untukmu

agar kamu tahu..

selalu tahu..

kamu selalu ada di ingatanku.


namun hari ini, di mana silapnya,

persahabatan tidak lagi seperti dulu.

masing-masing hanya punya kepentingan diri sendiri

langsung tidak mahu memahami,

apatah lagi untuk mengasihani,

sahabat yang tersungkur kerana sedang diuji.

kadang-kadang,

terasa untuk memusuhi,

namun tidak tergamak hati ini.

harapan semoga di suatu hati, ikatan ini bersinar kembali 









Thursday, September 15, 2011

SEGMEN ---> Jom BLogwalking

semakin hari semakin berlakunya kesuraman.hehehe..so aku join segmen nie...

barulah akan berlaku kemeriahan nanti.hehe



kalo korang nak join,

klik kat banner tu yer

tarikh tutup sila rujuk tuan tanah


Contest I'm Proud To Be A Muslimah


olin join contest nie...

sebab hadiah menarik 

nie ha hadiahnya

Pertama:
x1 Long Sleeve lycra maxi dress - Anaf Marketing
x1 tudung - Naura Fashion
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 inner neck - Zara Hijjab

Kedua:
x1 t shirt muslimah - Iman Abdul Gallery
x1 dress - Jom Chantek Chantek
x1 tudung syria yuna - Eila Cuteness Shoppe
x1 purse - Fariza Faisal Boutique
x1 inner neck - Zara Hijjab

ketiga:
1 tudung & x1 assesories - Happy Qlasik
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 dress - Jom Chantek Chantek

keempat:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet
x1 tudung - Ainz Eshop

kelima:
x1 satin shawl & x1 brooch - Nia Collections
x1 tudung - Ainz Eshop
 x1 Dress untuk girl - Little Darlings Closet

keenam:
x1 gypsy crumple shawl - AidaRabbaniyin
x1 shawl - Zara Hijjab

ketujuh:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 purse - Jom Chantek Chantek
x1 shawl - Zara Hijjab

kelapan:
x1 tudung - Ainz Eshop
x1 purse replika coach -  Anything Shop

kesembilan:
x1 shawl plain - Ainoura Collections
x1 coklat cadbury - Afiq

kesepuluh:
x1 satin shawl - Anything Shop

menarik kan? kalo korang nak join klik kat banner tu.

ok sekarang nie time to answer what contest want.


wanita solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama. 

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai. 

menjadi seorang wanita solehah memang diimpikan oleh semua wanita,kerana habuannya seorang wanita solehah itu adalah di syurga menanti.

wanita solehah sebaik bidadari syurga dan oleh sebab itu kita selalu mendengar,

seindah perhiasan adalah wanita solehah

done!!
awk-awk yang telah ditag or tertag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...