Followers

Friday, July 29, 2011

MaMa...I love U


nak aku umumkan kat seluruh dunia, mama akulah yang paling hebat..mama cantik, mama penyayang...xpernah nak berkasar dengan kami...sesungguhnya, kami syg kan mama.

sejak dari kecil, diri nie xpernah langsung berjauhan dari mama.
namun bila tamat alam persekolahan, dan bila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UiTM
terpaksa jua aku berjauhan darinya.
namun itupun disebabkan keterpaksaan aku untuk menerima tawaran tersebut.
kalau org lain gembira, namun bukan bagi aku..

masa tu mama, abg, n kakak hantar aku ke UiTM Shah Alam.
aku menangis semahunya.

p/s: nasib baik x jadi Kasim Selamat.

abg bagitau aku, mama jgk menangis dalam keta.
hehe aku tau mama syg aku.

sekarang nie dah 3 tahun aku kat UiTM.
aku dah mampu terima hakikat yang aku perlu berjauhan seketika untuk menimba ilmu
untuk mendapat pekerjaan
dan juga untuk menjaga mama di kemudian harinya.


mama aku, mama yang tabah.
mama keseorangan tanpa ayah.
dah 6 tahun ayah tinggalkan dunia nie.
aku tahu, sukarnya menguruskan rumah tangga berseorangan.
tambahan pula menguruskan kami anak2 yg degil nie

namun xsekali pun aku lihat air mata mama mengalir.
mengalir kerana kelemahan
hanya kepada Allah air matanya tumpah.
sesungguhnya,
aku bangga dengan mu wahai mamaku.

setiap pagi, mama kehulu-kehilir
menyiapkan kelengkapan dan juga sarapan
untuk adik dan juga abg2 ku.
namun xpernah sekali aku mendengar dia merungut.


aku terfikir,
andai satu hari mama tiada
apa akan jadi dengan kami.
xsanggup aku hidup,
tanpa mama disisi.

selalu aku berdoa,
biarlah aku pergi dahulu
kerana tidak sanggup aku
melihatnya pergi x kembali.

andai hidup nie Allah panjangkan, 
InsyaAllah mama,
biarlah kita tinggal bersama.
biarkan aku pula melakukan tanggungjawab
menjagamu
dan membalas jasamu..

olin minta maaf 
banyak kilaf diri ini yang tidak disengajakan
olin syg mama.
syg sangat2.

my mom, my hero

2 comments:

zety said...

jaga la die dengan baik.

olinolina said...

yup...thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...