Followers
Wednesday, August 31, 2011
Sunday, August 28, 2011
kata-kata jangan sampai mengata
olin ada terbaca sebuah buku mutiara kata yang sangat-sangat menarik..jadi olin nak kongsi sikit dengan pembaca semua...ilmu tu kan wajib dikongsi..ye dak?
1. "cinta tidak mengetahui tahap kedalamnnya hinggalah saat perpisahan" - khalil gibran
2. "apabila semua lelaki tahu fikiran wanita, mereka menjadi 25 kali lebih berani" - Alfonso Karr
3. "seorang suami yang bijaksana, serupa dengan nakhoda kapal semasa angin ribut, dia menurunkan layar, menunggu berharap,
sedangkan angin laut bukan penghalang baginya untuk mencintai laut" - Andre Maurios
4. "biasanya orang percaya cinta pertama itu adalah cinta terakhir, namun cinta terakhir itu adalah cinta pertama bagi memasuki alam perkahwinan" - Sidney Smith
5. "di Amerika, presidennya memerintah selama empat tahun, tetapi akhbarnya memerintah selama-lamanya" - Oscar Wilde
6. "sifat pelupa yang agung adalah melupakan segala sesuatu yang menyakiti" - David Simmons
7. "sesorang lebih merasa bahagia bersama wanita yang tidak dicintainya" - Oscar Wilde
8. "orang yang lemah ragu-ragu sebelum mengambil keputusan, manakala orang yang kuat akan ragu-ragu selepas itu" -Karl Krauss
9. "sejak adanya dunia ini, lelaki menyempurnakan banyak hal, tetapi wanita hanya berusaha meyempurnakan satu hal sahaja iaitu dirinya sendiri" - Henri Meilhac
10. "lidah orang pemalas tidak pernah malas" - Thomas Fuller
11. " kanibal adalah orang yangmasuk restoren hanya bagi memesan air putih" - Jack Benny
12. " apabila anda malas, anda menuji kepada keruntuhan, di sana tidak banyak tempat-tempat perhatian. sesungguhnya ini bukan jalan tetapi penurunan yang meluncur ke bawah" - Henry W.Beecher
13. "hati-hati pada kemarahan orang yang sabar" - John Dryden
14. "cinta bermula dengan perasaan yang hebat dan berakhir dengan pergaduhan yang kecil" - Andre Maurious
15. ada empat jenis manusia
a) orang yang tidak tahu, dan tidak tahu yang dia tidak tahu , dia adalah orang tolol, maka jauhi dia
b) orang yang tidak tahu, dan tahu dia tidak tahu, dia adalah orang yang bersahaja, maka ajarilah dia
c) orang yang tahu, dan mengerti dia tahu, orang itu tidur, maka bangunkanlah dia
d) orang yang tahu, dan dia tidak tahu yang dia tahu, orang itu adalah bijaksana, itulah dia. - Lady Burton
16. "jadilah anda seorang manusia yang pada kelahiranmu semua orang tertawa riang, tetapi hanya anda sendiri yang menangis, dan pada hari kematianmu semua orang menangis sedih tetapi anda sendiri yang tertawa" - Mahatma Ghandi
17. "orang yang diam, manahan segala urusan dalam tangannya sendiri"- Umar Al Khattab
18. "tidak mungkin kita akan mencintai buat kedua kalinya pada apa yang tidak kita cintai" - La Rauchefoucauld
19. "genta bukanlah genta sebelum dibunyikan, lagu bukanlah lagu sebelum dinyanyikan, cinta di sanubari bukan bagi dipendamkan, cinta bukanlah cinta sebelum dipersembahkan" - Oscar Hammestein
20. "cinta itu adalah hal yang aneh. apabila kita mengemgamnya lebih kuat, ia mati. tetapi apabila kita menggemgamnya lebih longgar, ia lari" - Hennri T
21. "dalam percintaan, hanya permulaanya yang menarik. itulah sebabnya ramai orang yang sering memulainya kembali" - Press DeLigne
22. "apabiala anda inginkan cinta yang sejati, cintailah mereka yang pernah patah hati dan kcecewa" - Socrates.
23. "apabila perasaan cinta itu berubah menjadi kebencian, maka kebencian itu sepuluh kali lebih kuat" - Rosseau
24. "saya marah sekali sekiranya saya betul, tetapi saya sabar apabila saya salah" - Charles De Gaulet
25. "ketawa tidak mempunyai loghat yang asing" - Paul Lawney
dah la tu yer..korang baca dan fahamkan. kalau tak faham, jangan tanya olin yer...
Friday, August 26, 2011
wahai lelaki, mengapa?
Amboi asyik tulis benda buruk je pasal lelaki kan. Mana ada buruk. Kenyataan jer..huhu. Hmm, aku bukannya anti lelaki ke apa cuma aku melihat secara rawak je sikap2 lelaki nih. Sikap yang jelas kelihatan di mata aku yang kecik dan tak bulat tapi tak sepet. Aku tak faham kenapa mesti begitu sikapnya?
Cuba kaum lelaki nih jawab. Korang jangan la emo sudeh, lari pulak kejantanan kalau emo...wakakakakkaka
Kenapa lelaki sukar untuk setia?
Aku banyak tengok kawan2 aku nih, kalau couple tuh sekejap je. Kebanyakan puncanya sebab curang. Si A ternampak Si kekasih hati dengan seseorang yang lain la. Ada orang nampak la, then report ke Si A. Kadang2 gaduh benda kecik2 je. Lepas break tuh terus jadi musuh. Tak mahu bertegur sapa dah. Siap maki hamun lagi kat facebook, friendster and macam lagi2 la. Sedangkan dulu dah asyik melekat bersama, dah macam kembar siam pulek dah.
Kadang2, ada jugak yang 'setia' sangat. Ni khas yang percaya pada cinta nan satu tapi kasih nak beribu. Macam taik punya perangai. Okeh alkisahnya, dia ada awek tapi jauh di hujung donia nan fana. Jadi untuk menghiburkan hati yang lara dan berduka kerna rindu nan teramat sangat pada sang kekasih. Then, dia pon pasang lagi satu tanpa pengetahuan si kekasih hati. Nama lain yang lebih kejam ialah curang. Alasan curang, maybe sebab dia kesunyian, mendambakan kasih sayang seorang insan secara zahir.
Alasan macam lelaki kurang urat saraf! Korang sedar tak orang yang korang jadikan tempat menumpang kasih tuh ada hati dan perasaan? Apa perasaan dia bila dia tahu yang korang sebenarnya dah ada girlfriend dan merancang untuk sehidup semati (kahwin lah tuh). Then, korang couple dengan perempuan tuh just untuk kau main2 jer dan mengisi kekosongan! Kejam gila la.
Lelaki suka test market?
Ada yang pulak spesis yang berlagak hot la kununnya, so dia nak test kepoweran dia pikat gadis. Kes dia sama seperti di atas, sedang ber long distance relationship (LDR). So, dia pikat gadis nih, pikat gadis tuh, pikat dan pikat. Dia nak tengok siapa yang menjadi mangsanya. Last2, ternyata dia nak main2 je, test market katanya. Ceit, kalau muka yang hensem okeh jugak. Nih kalau muka pun macam cap babun, ada hati nak test market jugak. Puihhh!
Maybe dia nak tunjuk kat cucu dia kot koleksi2 awek dia. Kalau tunjuk kat mak mertua confirm kene hangguk.
Kalau aku, dah terang lagi bersuluh, sah2 dia dah ada girlfriend, buat apa nak layan lagi. Cakap boleh blah sudeh....Tak rela aku nak jadi koleksi test market dia...huhu
Lelaki memang buaya darat?
Kalau gurl pasang banyak pakwe panggil apa ek? Buaya air? Ala...playgirl tuh dalam bahasa omputeh, nak bahasa jawa...huhuhu. Ada tak? Means, perempuan banyak yang setia. Tapi tak semua jugak yang setia, ada je yang pasang ramai. Hot la katakannnn....
Dah lumrah lelaki mesti jatuh cinta pada perempuan. Kalau dia jatuh cinta kat lelaki means dia En Gayah la...huhuhu.
Nasib baik ayah aku tak buaya darat. Means di donia nih ada jugak lelaki yang setia, bukan semua buaya.
Kenapa lelaki jadi begitu?
Sebab lelaki boleh kahwin 4. Kononnya! Eleh baru ada awek 1 dah tak terjaga. Bila dah pasang 2 lagi la terbiar terus. Fokus pada yang baru je. Kalau pasang 3, 4 confirm la macam di gantung tak bertali. Itu kalau tak kahwin lagi, kalau dah kahwin, di pancung tak berpedang kot...huh!
Sebab perempuan ramai sangat. Hamboi2, perempuan ramai jadi sebab tu korang boleh ambil kesempatan ek..ish2. Cuba ada pakcik tua gayut ambil kesempatan kat mak korang. Pakcik tak sedar diri tuh main kan perasaan mak kau. Korang tengok dan biarkan je? Kejam!
Sebab lonely la. Banyak lah kau punya lonely. Okeh nak jugak awek ramai, amik la, tapi korang kene la adil. Jangan macam pakai buang macam Stacy cakap tuh hokey. Silalah adil. Nih kekadang carik lain sebab nak tukar selera je, bosanlah dengan awek sekarang nih. Tinggal jap, nanti datang balik. Mana la tau perasaan rindu dan sayang bertakhta di hati kembali. Banyak cantik kau.
Kesimpulannya, malas aku nak ulas panjang2 lagi, berjela je alasannya sebenarnya...huhu
Korang nak couple? Couple boleh je...siapa kata tak boleh. Cuma bila dah couple tuh tak payah la buat benda2 yang dilarang oleh Allah. Pandai2 la jaga maruah dan diri kan.
Bagi yang LDR tuh pulak, kalau tak boleh setia, lepaskan jela. Nak jugak awek ramai. Hensem la katakan ek. Boleh jer, tapi kene lah berterus terang dan bersikap adil. Lagipun, orang yang bercinta ni, tak semestinya asyik kene sentiasa bersama je, yang penting hati tuh. Walaupun berjauhan, apa yang penting adalah kesetiaan dan kecintaan dalam hati. Kerna, hanya kasih yang ikhlas akan berkekalan. (Macam bunyi iklan pulak hehehe).
Sebagai orang Islam juga, kita perlu lah menahan nafsu, moga dihindari dari melakukan maksiat. Sedarlah wahai umat2 Islam sekalian. Aku sekadar memberi nasihat.
Sekian.
p/s: xsemua lelaki mcm tu kan..olin tahu korang yang baca nie baik2 sokmo
SEGMEN JOIN BLOGLIST AG
jom ramai2 kita join
untuk ramaikan bilangan kenalan.
biar meriah sikit
dan
sudah tentu orang akan tahu tentang kewujudan blog kita.
korang mesti nak orang tahu tentang kewujudan blog korang kan?
sebab tu setiap hari kita dok buat blogwalking.
so
amek la kesempatan dengan join segmen nie.
untuk yang berminat,
klik kat banner tu ok.
Thursday, August 25, 2011
Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita
try join juga.
saja nak cuba nasib
edisi 1
sebelum
selepas
edisi ke2
sebelum
selepas
(kalau agak2 rabun, klik kat gambar untuk besarkan eh)
ke dua-dua gambar nie bertemakan persahabatan..diambil di sebuah lokasi berhampiran Tasik Shah Alam.
olin gunakan sofware picnic untuk mengedit gambar tersebut.
kalau korang berminat nak join, klik kat banner tu ok.
hadiah yang ditawarkan cukup menguntungkan
tag kepada:
pencarian bloggist terhebat
salam Aidilfitri
satu lagi segmen olin join.
join untuk tambahkan follower.biar meriah sikit.hehehe.
baru la bahagia..
kalau korang nak join, klik jer kat banner tu.
jangan lupa ketuk pintu dulu bila masuk blog tuan tanah tu yer.
Wednesday, August 24, 2011
Segmen : Ucapan Selamat Hari Raya
Salam Aidilfitri olin ucapkan kepada sesiapa yang sudi melawati blog olin ni.
semoga syawal kali penuh bermakna buat kita semua.
olin juga harap yang syawal ini dijadikan sebagai penyambung ikatan persaudaraan buat semua yer.
ukhuwah fillah
(berkasih sayang kerana Allah)
segmen nie ialah segmen daripada Bro Ahmad..kalau korang nak join, klik banner kat atas tu yer. untuk Bro Ahmad, sELAMAT hAri RayA..Semoga selamat hari-hari.
Tuesday, August 23, 2011
Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner
tahun nie aku beraya kat kedah..
dekat sebuah kampung di pekan yang serba membangun.
nama kampung tu unik tau
kg kobah
lagi uniknya,
alamat tempat nie adalah kota sarang semut..
xtau la daripada mana datangnya semut tu.
nyamuk banyak la aku rasa.
masyarakat kat kg nie akan ziarah menziarahi dari rumah ke rumah
semua rumah takkan terlepas daripada di serang
kecuali lah ada yang letak papan tanda di pintu rumah
(awas harimau garang)
hehehe
banyak kenangan kat sini,
dengan arwah abah
hemmm
mak aku la orang yang paling sibuk sekali waktu raya.
harap-harap tahun depan aku beraya berdua lak yer..tapi xmau balik rumah mertua.hehehe.
kalau kena balik, mak aku kena ikut sama.(leh ker)
emmm
untuk korang,
selamat hari raya aku ucapkan.
mai la rumah yer.
tapi,
jangan ramai-ramai,
takut roboh.
lagi uniknya,
alamat tempat nie adalah kota sarang semut..
xtau la daripada mana datangnya semut tu.
nyamuk banyak la aku rasa.
masyarakat kat kg nie akan ziarah menziarahi dari rumah ke rumah
semua rumah takkan terlepas daripada di serang
kecuali lah ada yang letak papan tanda di pintu rumah
(awas harimau garang)
hehehe
banyak kenangan kat sini,
dengan arwah abah
hemmm
mak aku la orang yang paling sibuk sekali waktu raya.
harap-harap tahun depan aku beraya berdua lak yer..tapi xmau balik rumah mertua.hehehe.
kalau kena balik, mak aku kena ikut sama.(leh ker)
emmm
untuk korang,
selamat hari raya aku ucapkan.
mai la rumah yer.
tapi,
jangan ramai-ramai,
takut roboh.
nie aku ada tag 3 org yg bertuah
* eiykaa
Monday, August 22, 2011
kau pergi jua
setelah bertarung nyawa,
akhirnya kau pergi jua.
tepat jam 3.19 ptg
tepat jam 3.19 ptg
takziah diucapkan
semoga tenang bersemadi di sana
AlFatihah
AlFatihah
tolong dia, titipkanlah doa kalian, agar dia mampu ketawa semula
wajah ini menyimpan pelbagai kisah.
wajah ini dahulunya tersenyum riang sama seperti kanak-kanak lain yang tidak langsung memikirkan kedukaan atau jua kesengsaraan.
namun tidak lagi di hari ini
atas dasar persaudaraan, aku menulis dengan penuh pengharapan.
kurniakan si kecil ini seikhlas doa,
agar dia dan ibunya akan merasa sedikit bahagia.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani, berikanlah kekuatan dan pulihkanlah si kecil ini untuk dia mengharungi hidup ini bersama ibu tercinta
sesungguhnya terlalu berat ujian ini Ya Allah.
inilah keadaanya ketika ini. namun aku pasti si kecil ini mampu melawan dugaan yang diberikan.
dugaan penyakit lukemia yang dihadapi.
si kecil sayang, akak akan sentiasa titipkan doa buatmu.
untuk ibu DANIA EMELDA AQASHA
bersabarlah yer.
saya mengerti perasaan itu kerana walaupun bukan insan yang bergelar ibu, namun hati kecil ini turut jua tersentuh
walaupun kita bukan bersaudara, tetapi hati ini turut sama merasa duka.
untuk korang pembaca semua, mari sama-sama kita sedekahkan doa buatnya kerana hanya doa yang mampu mengubah segalanya.
hari ini hari buatnya, namun mungkin hari esok adalah hari untuk kita
kerana janji alam, hidup ini bagaikan roda.
mungkin dengan doa kita hari ini, hari esok kita juga akan turut di doakan.
amin.
nia ketika sihat |
semoga sinar akan kembali mewarnai diri.
p/s.. korang jom lawat blog ibu nia
untuk kita sama-sama berkongsi rasa duka dalam dirinya.
MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA
selamat hari raya Aidilfitri olin ucapkan untuk sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini..
raya nanti jemput la dtg umah yer
tp jgn ramai-ramai
roboh rumah gue.
ok-ok
olin join segmen nie.kalau korang nak join gak,
klik kat gambar baby comel tu yer..
SEGMEN HIRA: AKU RETI MEMASAK, KAU RETI?
bila lihat jer segmen nie, rasa mcm best plak.
sebab tu olin join
olin memang suka memasak. sebab apa yer? sebabnyer mudah jer.
pertama sebab nak mkn la kan..kalau xpandai masak sampai bila orang lain nak tolong masakkan.
yang kedua sebabnya satu hari olin akan bersuami,
mestilah perlu masak untuk dia.hehehe
yang ketiga ialah disebabkan untuk mengelakkan serangan daripada cik teh (mak aku la)
yela kalau xtlong dia msk, 2 hari 2 mlm dia berleter..siap bagitau kat jiran2 lagi.
sebabkan tu sume la menjadikan olin seorang yang boleh diharap di dapur.
antara yang paling suka masak ialah
asam pedas,
gulai,
dan
masak kicap
korang pandai masak tak? kalau korang pandai, meh la join.
klik kat banner kat atas tu yer.
Saturday, August 20, 2011
Segmen : Jom tambah Follower
nama: olinolina
target bilangan follower: 400 orang
kelebihan blog: mesra alam
kalau korang nak join
klik kat sini ok
sama-samalah kita memeriahkan lagi arena blog nie.
daa
Friday, August 19, 2011
aku nak lari ke Afrika
ish..malu sungguh aku.
peristiwa yang aku xboleh lupakan.
korang nak tahu tak apa kebendanya??
hmm panjang ceritanya,
tapi aku cuba pendekkan
peristiwa bermula petang tadi di sebuah bazar ramadhan yang terletak di sebuah pekan terpencil.
oleh kerana ingin mengelakkan kesukaran untuk meletakkan kenderaan,
aku mengambil keputusan untuk membawa motor sahaja.
sampai di sana,
aku terus memulakan aktiviti membeli dengan tamaknya.
segalanya berjalan dengan lancar..
namun
kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari
(sekadar berkias)
setelah penuh disetiap jariku menjinjit plastik berisi makanan yang dibeli,
aku beredar ke motosikal ku.
aku mengisi semua barang di dalam raga motorsikal tersebut dan berehat sebentar di atas motor
kemudian datang pula seorang lelaki, memandangku.
aku yang kehairanan terus memandang cermin melihat kalau2 ada cili di pipiku
namun semuanya kelihatan bersih dan suci.
setelah puas melihatku terpinga-pinga
brader itu datang dan memberitahu aku,
"dik, nie motor saya"
bagaikan halilintar, baru aku tersedar bahawa motosikalku ada di sebelah.
aduhhh
azabnya.
bersama baby ola
hanya gambar mewakili kata-kata.
nak panjat pokok kelapa ker? |
myhero.hehhe |
baby dah tinggi |
bdk2 pun tahu tentang keselamatan jalan raya.tapi org dewasa buat2 xtahu |
nangis sbb aku ajak balik |
Giveaway [sitiatikah.com] Bulan Ramadhan”
satu lagi segmen yang olin sertai.
hadiahnya pun menarik mcm yang kat bawah nie
Giveaway :-
RM 260
Domain + Hosting
Topup RM 20
Kad Raya
Keychain Singapore
Keychain Sarawak
1 CD Trust Port Total Protection edition 2011
jom ramai-ramai join
Jom Join Bloglist Birumuda91 dan Menangi Hadiah Misteri
satu lagi segmen olin join.
tujuannya ialah untuk memeriahkan diri (kasi org tahu kewujudan blog olin nie).hehehe
selain itu sudah tentu nak support mereka yang menyediakan contest2 nie
especially to Birumuda.
kepada sesiapa yang nak mencuba,
moh le kite
click kat atas tu yer
daa
Thursday, August 18, 2011
apa nak jadi nie?
Segera ketatkan jualan asid
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 17 Ogos – Kerajaan digesa segera melaksanakan cadangan untuk memperketatkan penjualan asid kepada orang awam bagi mengekang kejadian simbahan asid yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh memberitahu, langkah itu wajar dilakukan segera dan sekiranya tidak, lebih ramai khususnya wanita dan kanak-kanak akan menjadi mangsa.
Beliau turut mencadangkan agar hukuman ke atas jenayah simbah asid ditambah bagi menakutkan pelaku.
“Sebagai contoh, satu kes simbah asid di Bangsar baru-baru ini, pesalah dihukum mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa kepada tiga tahun penjara atau denda RM1,000 sahaja.
“Jika dibandingkan dengan kesengsaraan dan kesan kekal pada anggota badan mangsa yang melecur, hukuman itu terlalu ringan,” katanya ketika ditemui semasa melawat seorang mangsa simbahan asid di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Mangsa, Mohd. Rafie Abdul Latiff, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali, ketika berada di dalam keretanya, di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.
Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd. Rafie berkata, semasa insiden dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Mohd. Khairun memberitahu, sebuah jawatankuasa tabung amanah telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana dan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos perubatan Rafie.
“Seperti dua kes yang sama, kos perubatan mangsa simbah asid agak tinggi dan mengambil masa yang panjang,” katanya.
Sementara itu, bapa Rafie, Abdul Latiff Kassim, 61, meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa anak ketiganya yang masih bujang itu.
“Saya mencadangkan lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi tumpuan yang diharap dapat membantu mengesan suspek dengan lebih mudah,” jelasnya.
Pada 14 Mei lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyarankan peraturan penjualan asid diperketatkan agar ia tidak sewenang-wenangnya dibeli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
MY CONTEST : MY PET
hai,
hari nie olin join satu lagi contest.
memang suka join contest mcm nie.
kalo korang nak join, clik kat gambar ats tu ok.
so let me introduce
my abu
bagi sesape yang tak tahu, abu nie ialah spesis sugar glider..
ok
daa
Wednesday, August 17, 2011
segmen bersama Temoyo
hai,
hari ni lagi satu segmen olin join
tujuan olin join nie ialah nak orang tahu akan kewujudan blog yg xseberapa nie,
sekaligus meramaikan sahabat-sahabat seperjuangan.
kalau korang nak join sama
klik kat gambar nan comel tu ok.
daa
"SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"
- Nama panggilan Blogger : olin
- Tarikh mula berblog : 4 JULAI 2011
- Rakan blogger terkini : 152
- Target tambah rakan blogger : 50 orang
Monday, August 15, 2011
jom cuba
selamat malam peminat-peminat ku...(ish perasan artis la pulak) hehee..hari nie aku nak ajak korang wat satu aktiviti...aktiviti nie adalah untuk menguji personaliti diri korang.jom cuba jom...
ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini
Situasi:
Kalau anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?
sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu
(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)
anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)
anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.
pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?
(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?
anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)
atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]
Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)
anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)
(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)
tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)
Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)
(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)
(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?
Sunday, August 14, 2011
selamat datang ke duniaku
hari nie olin nak promote blog group olin (group 10)...sambil-sambil promote, sambil-sambil terjah...dan
sambil-sambil terjah, sambil-sambil berhujah...(ish apa yang aku merepek nie).
ok2 dah xnak merepek
sekarang olin serius yer.
kat bawah nie blog kawan-kawan olin
jom kita teroka (betul ke perkataan nie) satu persatu
blog 1
kepunyaan seorang gadis bernama Azahra yang berasal dari Perak, dan sedang menuntut di UIAM. Blog hijau nie comel jer.. (korang tengak la betul ke x sbb kdng2 aku buta warna sikit) hehe. suka baca entri dia. dan yang paling aku suka iaitu tentang satu ayat dalam blog dia nie
"hidup tidak akan berubah jikan diri sendiri tidak akan merubahnya"
"tiada cinta yang agung selain cinta Allah Subhanallah"
blog 2
nie pulak blog Nokakashici..blog nie colourfull tapi sedap mata memandang. apa yang aku tahu, blog nie blog pengisi masa lapang dia..kalo kita nak tau masa lapang dia tu panjang or pendek, lihat pada entri yang di tulis gak. hehehe. kalo korang nak tahu, blog dia nie ada ajar cara2 nak curi nombor telefon awek dalam muka buku tau...ish2 mcm2..tapi bila baca keseluruhan, rupanya tanggapan tu salah. kalo korang nak tahu kenapa aku cakap salah, terjah la sendiri yer.
blog 3
nie pulak blog budak baik yang berasal dari Terengganu. seorang yang mementingkan pelajaran. blog dia simple tapi cantik. jom redah blog si mamat hensem nie. boleh la kita tanya mcm mana kebaikkan tu yer? hehehe
blog 4
Blog comel kepunyaan budak comel. tuan punya blog nie dah berpunya dah pun. blog pink nie selalu join contest...follower dia lak, mak aii banyaknya...dibandingkan dengan aku, ibarat mcm kedah dengan sabah..(selalunya orang kata ibarat langit dengan bumi, aku buat pandai2 sendiri tukar). kalau korang nak tengak ninie pasang pelita kat blog nie, pegi la terjah.
blog 5
lagi satu blog comel...tuan tanah dia pun comel..aku suka blog nie...dia punya penulisan pun bagus. blog ni kemas jer..ok la kalau kemas taklah serabut mabut nanti..kalau korang nak logo blog free korang boleh dapat kat blog nie. jom kita terjah blog dia..gerenti korang puas hati..
berehat sebentar bersama ABU
nie bukan blog, nie cuma iklan |
blog 6
blog kepunyaan Farah Alias ni memang sweet..kemas dan teratur. tak jemu nak singgah lama2 kat dia punya blog..suka baca tulisan cik farah nie..meh la ziarah.mesti korang pun tak jemu. yang palin aku suka baca ialah fakta mengenai Farah Alias nie..aku tak mau cerita. korang baca la sendiri yer.
blog 7
blog nie dah lama telah di follow oleh aku. blog nie simple, tapi kemas. kira tak ler korang kena beli ubat mata. mish apple nie sangat suka join contest sebab aku tengak banyak yang dia jer contest dalam blog dia nie..p/s serkap aku jarang..takut andaian aku nie salah lak..korang tolong aku tengok sama ada betul ker tak..sambil-sambil tengok tu, follow la sekali yer
blog 8
jom kita jelajah blog AngGau nie. banyak jugak segmen yang dia join eh..blog nie smart..tak banyak iklan dan yang paling penting pemilihan colour yang menarik. penulisan dia pun sangat ok..teruskan usaha wahai AngGau. sila-sila lah menziarahi blog beliau ini. mana tahu kita leh sama2 join segmen yang dia dah join tu nanti
blog 9
blog nie paling istimewa di bulan puasa nie..sebab bila tengak jer, teliur rasanya.hehe. blog nie simple, tetapi kemas. kepunyaan cik zara. apa yang aku tahu, cik zara nie sukakan pembuatan kraf. mesti kreatif kan dia nie. dia juga ada ajar cara membuat kraf untuk pembaca blognya. jom kita terjah, boleh kita belajar nanti...to cik zara, olin nak bunga kertas tu boleh?
blog 10
comel ler tuan punya blog nie..blog dia aku rasa di antara yang terbaik...cantik, kemas dan kemas..(tiru dialog man laksa). menentang prinsip u follow i follow.. blog dia nie ada rules tau..hehehe. jom kita mengintai blog comel nie..sambil-sambil tu boleh la follow sekali..
ok dah siap sume dah..terlebih kurang mintak maaf yer..
ok dah siap sume dah..terlebih kurang mintak maaf yer..
Subscribe to:
Posts (Atom)