Followers

Friday, August 26, 2011

wahai lelaki, mengapa?



Amboi asyik tulis benda buruk je pasal lelaki kan. Mana ada buruk. Kenyataan jer..huhu. Hmm, aku bukannya anti lelaki ke apa cuma aku melihat secara rawak je sikap2 lelaki nih. Sikap yang jelas kelihatan di mata aku yang kecik dan tak bulat tapi tak sepet. Aku tak faham kenapa mesti begitu sikapnya?

Cuba kaum lelaki nih jawab. Korang jangan la emo sudeh, lari pulak kejantanan kalau emo...wakakakakkaka



Kenapa lelaki sukar untuk setia?

Aku banyak tengok kawan2 aku nih, kalau couple tuh sekejap je. Kebanyakan puncanya sebab curang. Si A ternampak Si kekasih hati dengan seseorang yang lain la. Ada orang nampak la, then report ke Si A. Kadang2 gaduh benda kecik2 je. Lepas break tuh terus jadi musuh. Tak mahu bertegur sapa dah. Siap maki hamun lagi kat facebook, friendster and macam lagi2 la. Sedangkan dulu dah asyik melekat bersama, dah macam kembar siam pulek dah.

Kadang2, ada jugak yang 'setia' sangat. Ni khas yang percaya pada cinta nan satu tapi kasih nak beribu. Macam taik punya perangai. Okeh alkisahnya, dia ada awek tapi jauh di hujung donia nan fana. Jadi untuk menghiburkan hati yang lara dan berduka kerna rindu nan teramat sangat pada sang kekasih. Then, dia pon pasang lagi satu tanpa pengetahuan si kekasih hati. Nama lain yang lebih kejam ialah curang. Alasan curang, maybe sebab dia kesunyian, mendambakan kasih sayang seorang insan secara zahir.

Alasan macam lelaki kurang urat saraf! Korang sedar tak orang yang korang jadikan tempat menumpang kasih tuh ada hati dan perasaan? Apa perasaan dia bila dia tahu yang korang sebenarnya dah ada girlfriend dan merancang untuk sehidup semati (kahwin lah tuh). Then, korang couple dengan perempuan tuh just untuk kau main2 jer dan mengisi kekosongan! Kejam gila la.



Lelaki suka test market?

Ada yang pulak spesis yang berlagak hot la kununnya, so dia nak test kepoweran dia pikat gadis. Kes dia sama seperti di atas, sedang ber long distance relationship (LDR). So, dia pikat gadis nih, pikat gadis tuh, pikat dan pikat. Dia nak tengok siapa yang menjadi mangsanya. Last2, ternyata dia nak main2 je, test market katanya. Ceit, kalau muka yang hensem okeh jugak. Nih kalau muka pun macam cap babun, ada hati nak test market jugak. Puihhh!

Maybe dia nak tunjuk kat cucu dia kot koleksi2 awek dia. Kalau tunjuk kat mak mertua confirm kene hangguk.

Kalau aku, dah terang lagi bersuluh, sah2 dia dah ada girlfriend, buat apa nak layan lagi. Cakap boleh blah sudeh....Tak rela aku nak jadi koleksi test market dia...huhu



Lelaki memang buaya darat?

Kalau gurl pasang banyak pakwe panggil apa ek? Buaya air? Ala...playgirl tuh dalam bahasa omputeh, nak bahasa jawa...huhuhu. Ada tak? Means, perempuan banyak yang setia. Tapi tak semua jugak yang setia, ada je yang pasang ramai. Hot la katakannnn....

Dah lumrah lelaki mesti jatuh cinta pada perempuan. Kalau dia jatuh cinta kat lelaki means dia En Gayah la...huhuhu. 

Nasib baik ayah aku tak buaya darat. Means di donia nih ada jugak lelaki yang setia, bukan semua buaya.



Kenapa lelaki jadi begitu?

Sebab lelaki boleh kahwin 4.   Kononnya! Eleh baru ada awek 1 dah tak terjaga. Bila dah pasang 2 lagi la terbiar terus. Fokus pada yang baru je. Kalau pasang 3, 4 confirm la macam di gantung tak bertali. Itu kalau tak kahwin lagi, kalau dah kahwin, di pancung tak berpedang kot...huh!

Sebab perempuan ramai sangat.    Hamboi2, perempuan ramai jadi sebab tu korang boleh ambil kesempatan ek..ish2. Cuba ada pakcik tua gayut ambil kesempatan kat mak korang. Pakcik tak sedar diri tuh main kan perasaan mak kau. Korang tengok dan biarkan je? Kejam!

Sebab lonely la.    Banyak lah kau punya lonely. Okeh nak jugak awek ramai, amik la, tapi korang kene la adil. Jangan macam pakai buang macam Stacy cakap tuh hokey. Silalah adil. Nih kekadang carik lain sebab nak tukar selera je, bosanlah dengan awek sekarang nih. Tinggal jap, nanti datang balik. Mana la tau perasaan rindu dan sayang bertakhta di hati kembali. Banyak cantik kau.



Kesimpulannya, malas aku nak ulas panjang2 lagi, berjela je alasannya sebenarnya...huhu

Korang nak couple? Couple boleh je...siapa kata tak boleh. Cuma bila dah couple tuh tak payah la buat benda2 yang dilarang oleh Allah. Pandai2 la jaga maruah dan diri kan.

Bagi yang LDR tuh pulak, kalau tak boleh setia, lepaskan jela. Nak jugak awek ramai. Hensem la katakan ek. Boleh jer, tapi kene lah berterus terang dan bersikap adil. Lagipun, orang yang bercinta ni, tak semestinya asyik kene sentiasa bersama je, yang penting hati tuh. Walaupun berjauhan, apa yang penting adalah kesetiaan dan kecintaan dalam hati. Kerna, hanya kasih yang ikhlas akan berkekalan. (Macam bunyi iklan pulak hehehe).

Sebagai orang Islam juga, kita perlu lah menahan nafsu, moga dihindari dari melakukan maksiat. Sedarlah wahai umat2 Islam sekalian. Aku sekadar memberi nasihat.


Sekian.

p/s: xsemua lelaki mcm tu kan..olin tahu korang yang baca nie baik2 sokmo

6 comments:

Unknown said...

lek2... jgn emo sgt ye yang... x semua laki cm 2... ade je yg baik.. tp dlm kuantiti yg sikit lh.. sb yg baik nie ssh kte nk jumpe.. just 1 je.. alu dh jumpe just jge baik2 k.... sb 2 adiah dr DIA kpd kite.. so kite kne jge baik2 brg yg ALLAH pinjam kn kpd kite :)

Farida Amira said...

saya tak percaya pada sesetengah lelaki XD

olinolina said...

aimi adilah...yup xsume lelaki mcm tu..tp kebnyakkan nye mcm tu.hehehe

olinolina said...

farah amira....emm kdng2 olin pun cpcyakan diorg...tp xdpt berhenti daripd sygkn diorg...hehehe

Unknown said...

wahh semua citer hal lelaki..malu bro..ucapan awak dah tersiar..thank

olinolina said...

hehhe...ok bro..thanks sbb siarkan ucapan olin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...