Followers

Monday, August 22, 2011

tolong dia, titipkanlah doa kalian, agar dia mampu ketawa semula



wajah ini menyimpan pelbagai kisah. 

wajah ini dahulunya tersenyum riang sama seperti kanak-kanak lain yang tidak langsung memikirkan kedukaan atau jua kesengsaraan.

namun tidak lagi di hari ini
atas dasar persaudaraan, aku menulis dengan penuh pengharapan.

kurniakan si kecil ini seikhlas doa,

agar dia dan ibunya akan merasa sedikit bahagia.


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengasihani, berikanlah kekuatan dan pulihkanlah  si kecil ini untuk dia mengharungi hidup ini bersama ibu tercinta

sesungguhnya terlalu berat ujian ini Ya Allah.



inilah keadaanya ketika ini. namun aku pasti si kecil ini mampu melawan dugaan yang diberikan.

dugaan penyakit lukemia yang dihadapi.

si kecil sayang, akak akan sentiasa titipkan doa buatmu.





bersabarlah yer.

saya mengerti perasaan itu kerana walaupun bukan insan yang bergelar ibu, namun hati kecil ini turut jua tersentuh

walaupun kita bukan bersaudara, tetapi hati ini turut sama merasa duka.



untuk korang pembaca semua, mari sama-sama kita sedekahkan doa buatnya kerana hanya doa yang mampu mengubah segalanya.

hari ini  hari buatnya, namun mungkin hari esok adalah hari untuk kita

kerana janji alam, hidup ini bagaikan roda.

mungkin dengan doa kita hari ini, hari esok kita juga akan turut di doakan.

amin.

nia ketika sihat

semoga sinar akan kembali mewarnai diri.

p/s.. korang jom lawat blog ibu nia


untuk kita sama-sama berkongsi rasa duka dalam dirinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...