hari nie olin nak promote blog group olin (group 10)...sambil-sambil promote, sambil-sambil terjah...dan
sambil-sambil terjah, sambil-sambil berhujah...(ish apa yang aku merepek nie).
ok2 dah xnak merepek
sekarang olin serius yer.
kat bawah nie blog kawan-kawan olin
jom kita teroka (betul ke perkataan nie) satu persatu
blog 1
kepunyaan seorang gadis bernama Azahra yang berasal dari Perak, dan sedang menuntut di UIAM. Blog hijau nie comel jer.. (korang tengak la betul ke x sbb kdng2 aku buta warna sikit) hehe. suka baca entri dia. dan yang paling aku suka iaitu tentang satu ayat dalam blog dia nie
"hidup tidak akan berubah jikan diri sendiri tidak akan merubahnya"
"tiada cinta yang agung selain cinta Allah Subhanallah"
blog 2
nie pulak blog Nokakashici..blog nie colourfull tapi sedap mata memandang. apa yang aku tahu, blog nie blog pengisi masa lapang dia..kalo kita nak tau masa lapang dia tu panjang or pendek, lihat pada entri yang di tulis gak. hehehe. kalo korang nak tahu, blog dia nie ada ajar cara2 nak curi nombor telefon awek dalam muka buku tau...ish2 mcm2..tapi bila baca keseluruhan, rupanya tanggapan tu salah. kalo korang nak tahu kenapa aku cakap salah, terjah la sendiri yer.
blog 3
nie pulak blog budak baik yang berasal dari Terengganu. seorang yang mementingkan pelajaran. blog dia simple tapi cantik. jom redah blog si mamat hensem nie. boleh la kita tanya mcm mana kebaikkan tu yer? hehehe
blog 4
Blog comel kepunyaan budak comel. tuan punya blog nie dah berpunya dah pun. blog pink nie selalu join contest...follower dia lak, mak aii banyaknya...dibandingkan dengan aku, ibarat mcm kedah dengan sabah..(selalunya orang kata ibarat langit dengan bumi, aku buat pandai2 sendiri tukar). kalau korang nak tengak ninie pasang pelita kat blog nie, pegi la terjah.
blog 5
lagi satu blog comel...tuan tanah dia pun comel..aku suka blog nie...dia punya penulisan pun bagus. blog ni kemas jer..ok la kalau kemas taklah serabut mabut nanti..kalau korang nak logo blog free korang boleh dapat kat blog nie. jom kita terjah blog dia..gerenti korang puas hati..
berehat sebentar bersama ABU
nie bukan blog, nie cuma iklan |
blog 6
blog kepunyaan Farah Alias ni memang sweet..kemas dan teratur. tak jemu nak singgah lama2 kat dia punya blog..suka baca tulisan cik farah nie..meh la ziarah.mesti korang pun tak jemu. yang palin aku suka baca ialah fakta mengenai Farah Alias nie..aku tak mau cerita. korang baca la sendiri yer.
blog 7
blog nie dah lama telah di follow oleh aku. blog nie simple, tapi kemas. kira tak ler korang kena beli ubat mata. mish apple nie sangat suka join contest sebab aku tengak banyak yang dia jer contest dalam blog dia nie..p/s serkap aku jarang..takut andaian aku nie salah lak..korang tolong aku tengok sama ada betul ker tak..sambil-sambil tengok tu, follow la sekali yer
blog 8
jom kita jelajah blog AngGau nie. banyak jugak segmen yang dia join eh..blog nie smart..tak banyak iklan dan yang paling penting pemilihan colour yang menarik. penulisan dia pun sangat ok..teruskan usaha wahai AngGau. sila-sila lah menziarahi blog beliau ini. mana tahu kita leh sama2 join segmen yang dia dah join tu nanti
blog 9
blog nie paling istimewa di bulan puasa nie..sebab bila tengak jer, teliur rasanya.hehe. blog nie simple, tetapi kemas. kepunyaan cik zara. apa yang aku tahu, cik zara nie sukakan pembuatan kraf. mesti kreatif kan dia nie. dia juga ada ajar cara membuat kraf untuk pembaca blognya. jom kita terjah, boleh kita belajar nanti...to cik zara, olin nak bunga kertas tu boleh?
blog 10
comel ler tuan punya blog nie..blog dia aku rasa di antara yang terbaik...cantik, kemas dan kemas..(tiru dialog man laksa). menentang prinsip u follow i follow.. blog dia nie ada rules tau..hehehe. jom kita mengintai blog comel nie..sambil-sambil tu boleh la follow sekali..
ok dah siap sume dah..terlebih kurang mintak maaf yer..
ok dah siap sume dah..terlebih kurang mintak maaf yer..
7 comments:
nak masuk group olin lah nty.bole lah olin pomot kan..kihkihkih..
=P
chaza, leh jer.hehehe
ahah!thanxs geng!
sory aku buat entry ringkas jer ntok korang sume..mase x mengizinkn...sory sgt2..
nokakashichi, its ok...
uit~thnx..sudah ko bg makan ikan sya ka? hehehe
dah kasin bah kau punya ikan mkn
boleh cik farah tahu fakta ap tu? ^_^
awk ad dlm segmen farah :)
http://coretanharapan.blogspot.com/2011/08/segmen-promote-bermula-kb-punya-segmen.html
Post a Comment