Followers

Friday, August 19, 2011

aku nak lari ke Afrika




ish..malu sungguh aku.

peristiwa yang aku xboleh lupakan.

korang nak tahu tak apa kebendanya??

hmm panjang ceritanya,

tapi aku cuba pendekkan

peristiwa bermula petang tadi di sebuah bazar ramadhan yang terletak di sebuah pekan terpencil.

oleh kerana ingin mengelakkan kesukaran untuk meletakkan kenderaan,

aku mengambil keputusan untuk membawa motor sahaja.

sampai di sana,

aku terus memulakan aktiviti membeli dengan tamaknya.

segalanya berjalan dengan lancar..

namun

kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari
(sekadar berkias)

setelah penuh disetiap jariku menjinjit plastik berisi makanan yang dibeli,

aku beredar ke motosikal ku.

aku mengisi semua barang di dalam raga motorsikal tersebut dan berehat sebentar di atas motor

kemudian datang pula seorang lelaki, memandangku.

aku yang kehairanan terus memandang cermin melihat kalau2 ada cili di pipiku

namun semuanya kelihatan bersih dan suci.

setelah puas melihatku terpinga-pinga

brader itu datang dan memberitahu aku,

"dik, nie motor saya"

bagaikan halilintar, baru aku tersedar bahawa motosikalku ada di sebelah.

aduhhh

azabnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...